KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.
Menanti mereka di pusingan kedua, gandingan ranking ke-11 dunia negara tuan rumah China He Jiting-Ren Xiangyu.
Dua pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi kemaraan ke pusingan kedua, selepas menewaskan lawan masing-masing.
Wei Chong-Kai Wun menewaskan gandingan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-15 , 21-12 dan akan bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14 akan bertemu wakil Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit. - Gambar fail/FB BAM
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
BAC 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi singkir jaguh dunia
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan.
Melaka jadi hos sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China
Melaka akan menjadi tuan rumah sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Keputusan kerajaan tolak jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, langkah bijak - Penganalisis sukan
Malaysia kini berada di kedudukan yang kurang baik dari pelbagai aspek terutamanya ekonomi, untuk menganjurkan temasya sukan berprestij itu.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
SUKMA 2024: 15,000 penyertaan atlet dan pegawai
SUKMA ke-21 mendapat sambutan hangat dengan penyertaan kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri dan juga kontinjen jemputan Brunei.
KBS serah kepada Kabinet putuskan penganjuran Sukan Komanwel 2026 - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia berminat menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibuat oleh Kabinet dalam masa terdekat.
Sukan Komanwel 2026: Australia bergelut, mungkinkah Malaysia ganti tuan rumah?
Terdapat laporan menyatakan Victoria, Australia lebih rela untuk membayar denda AS$243 juta (RM1.149 bilion).
Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024
Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan.
Malaysia jadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN tahun depan
Penyerahan itu merupakan satu lagi peristiwa penting bagi negara apabila Malaysia kembali menjadi tuan rumah ATF sejak acara terakhir diadakan di Kuching, Sarawak, pada 2014.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.