awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sah tuan rumah Sukan Universiti ASEAN 2026

Bernama
Bernama
25/06/2024
09:30 MYT
Malaysia sah tuan rumah Sukan Universiti ASEAN 2026
Kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan Universiti ASEAN di Surabaya-Malang.
SURABAYA: Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 walaupun Kemboja cuba membida hak penganjuran temasya dwitahunan itu, menurut Timbalan Setiausaha Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT Datuk Dr. Pekan Ramli.
Beliau berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat teknikal Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) yang disertai Malaysia dan Kemboja di sini hari ini.
Menurut Pekan, Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah edisi 2024 sebelum menyerahkan penganjuran kali ini atas permintaan Indonesia untuk menganjurkannya di Surabaya-Malang.
"Untuk edisi seterusnya merupakan hak Malaysia menganjurkan AUG 2026 tetapi Kemboja pula menawarkan diri. Jadi mesyuarat itu diadakan untuk menentukan siapa tuan rumah temasya sukan ini.
"Malaysia telah terpilih menjadi tuan rumah AUG 2026, ini merupakan keputusan tepat dibuat sekretariat AUSC dalam mesyuarat sekali gus mengetepikan hasrat Kemboja yang mahu mengambil alih sebagai tuan rumah AUG 2026," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebagai rekod, Malaysia mula menjadi tuan rumah AUG pada 1984 dengan hanya enam jenis sukan dipertandingkan membabitkan penyertaan enam negara pada edisi ketiga itu sebelum menganjurkannya pada edisi 1993 dan 2008.
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah bersedia untuk menganjurkan AUG 2026 selepas Jemaah Menteri telah meluluskan perkara tersebut pada Khamis lepas.
Mustapha berkata penganjuran AUG 2026 di Malaysia juga berpotensi memberi peluang untuk negara membuat persediaan terbaik bagi menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Sukan Universiti ASEAN 2026
#tuan rumah
#AUG 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan