KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini kerana mahu menumpukan kepada proses pemulihan selain memerlukan masa yang lebih fleksibel untuk meneruskan kerjayanya dalam badminton.
Bagaimanapun, atlet berusia 24 tahun itu menegaskan tetap akan meneruskan kejayanya sebagai pemain profesional.
"Saya nak berhenti daripada BAM untuk tumpu kepada pemulihan di bahagian kaki kerana saya pernah menjalani pembedahan setahun yang lalu. Setakat ini, kecil sahaja kecederaan, jadi mungkin boleh pulih dalam tiga minggu, dua minggu atau seminggu pun boleh.
"Saya perlu bincang balik dengan pusat rehabilitasi. Kalau pemulihan cepat, saya boleh kembali ke kejohanan dan fokus untuk latihan Sukan Olimpik Paris 2024. Kejohanan pertama belum tahu lagi, akan ada perancangan," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata barisan kejurulatihan dan BAM sebelum ini telah berjumpa dan berbincang bersama Kisona berhubung keputusan keluar daripada badan induk berkenaan.
"Sejarah kecederaannya tahun ini membawa satu cabaran buatnya bukan sahaja dari segi progress kerjaya badminton tetapi juga emosi. Kisona juga telah dibuli di sosial media," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Michelle Chai berkata BAM memutuskan untuk melepaskan 12 pemain daripada badan induk berkenaan bagi sesi tahun hadapan.
Antara pemain yang dilepaskan BAM ialah beregu lelaki Lim Chong King dan Ting Wen Xuan, beregu wanita Myisha Mohd Khairul, Eoon Qi Xuan serta Joanne Ng May Yin dan pemain beregu campuan Fawwaz Zainuddin dan Muhammad Zulhairi Sahimi.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan BAM mampu menumpukan kepada pemain-pemain yang boleh disandarkan untuk membawa pulang pingat buat negara bagi Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kita tumpukan kualiti berbanding kuantiti. Kita tengok juga ada orang ramai cakap BAM suka perap pemain, tak hantar pergi kejohanan. Mulai tahun depan, siapa sahaja yang kita simpan, kita mahu dapat membawa pemain itu ke kejohanan," katanya.
Selain itu, Michelle berkata 55 pemain senior dikekalkan dalam BAM berdasarkan potensi pemain untuk berada di sekurang-kurang kedudukan ke-30 dunia selain mengambil kira sikap dan disiplin atlet berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Kisona bagaimanapun menegaskan tetap akan meneruskan kejayanya sebagai pemain profesional. - Foto BERNAMA

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Kerajaan Perancis: Terselamat daripada undi tidak percaya
Kerajaan Perancis terselamat daripada undi tidak percaya selepas meneruskan rancangan naikkan umur pencen di negara itu.

AWANI Pagi: Peranan MTDC sebagai pemangkin perniagaan teknologi
Ikuti diskusi #AWANIPagi bersama CEO Doluvo, Rose Yasmin Abdul Karim dan CEO Cell Tissue Technologies, Dr Khairul Idzwan Baharim untuk mengetahui bagaimana MTDC membangunkan teknologi baharu?

Lulus dana penyelamatan AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka
IMF luluskan dana AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka untuk selamatkan negara itu daripada krisis kewangan terburuk.

Gesa Israel tarik balik kenyataan menteri Israel terhadap Palestin
Ketua Dasar EU, Josep Borell gesa Israel tarik balik kenyataan seorang Menteri Israel terhadap Palestin.

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014914/32899350691679358950603_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin Antara fokus AWANI Pagi: - Pecah monopoli Touch ‘n Go, wujud persaingan sihat. - Jemaah B40 dan M40 layak terima bantuan. - Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing kepada 18 tahun.

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Misbun, Rexy ambil alih latih skuad remaja - Michelle
Penukaran jawatan itu sebahagian daripada program penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja.

Panel penasihat teknikal BAM dianggotai 7 bekas pemain kebangsaan
BAM menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan, bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.

BAM akan ketengah pemain kebangsaan, profesional pada Kejohanan BAMTC, Piala Sudirman
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar gabungan pemain kebangsaan dan profesional untuk bertanding dalam dua kejohanan bagi acara berpasukan campuran tahun ini.

BAM terima tajaan Affin Group
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima rangsangan besar selepas memeterai perjanjian penajaan selama dua tahun dengan konglomerat perkhidmatan kewangan Affin Group hari ini.

Badminton: Kisona tinggalkan BAM
Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Terbuka Malaysia 2023: Tiket untuk beberapa kategori hampir habis dijual
BAM menasihatkan peminat yang ingin menyaksikan acara "Super 1000" supaya segera membuat pembelian.

BAM kaji keperluan pemain profesional sebelum benarkan berlatih di ABM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memperhalusi beberapa perkara terlebih dahulu sebelum 'membuka pintu' kepada pemain profesional berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Rexy lapang dada selepas penantian 12 tahun temui noktah
Ia telah mengambil masa selama 12 tahun tetapi jurulatih badminton negara, Rexy Mainaky akhirnya berjaya menyelesaikan tugas itu, malah dengan cara yang hebat.

6 bulan bagi Choong Hann, Hendrawan cari perseorangan lelaki kedua, ketiga
BAM menyerahkan perkara itu kepada Wong Choong Hann dan Hendrawan untuk mengenal pasti pemain berkenaan.

Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki
Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.