awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Malaysia kalahkan pasukan Asia All-Stars

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2013
15:11 MYT
Badminton: Malaysia kalahkan pasukan Asia All-Stars
Malaysia menutup aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Axiata 2013 dengan kemenangan 3-1 ke atas pasukan Asia All-Stars di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.
Berdepan pasukan yang dibarisi jaguh-jaguh dari Asia, Malaysia yang sudah mengesahkan slot separuh akhir memburu empat mata kemenangan.
Ini kerana, kedudukan kedua bakal menyaksikan Malaysia diletakkan selaku pasukan pilihan bagi undian separuh akhir, 12 April ini.
Skuad negara membuka langkah kanan apabila meraih mata pertama menerusi acara peseorangan wanita.
Sonia Cheah membuat kejutan apabila menundukkan pemain nombor sembilan dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan 21-18, 19-21 dan 22-20.
Kejayaan itu bagaimanapun gagal diiringi pemain peseorangan lelaki negara, Liew Daren.
Beraksi buat kali pertama di Kuala Lumpur untuk kejohanan ini, Daren dinafikan kemenangan oleh pemain pengalaman Korea Lee Hyun Ill 27-25, 13-21 dan 18-21.
Terikat satu sama, skuad negara kemudiannya menjelmakan kebangkitan dalam acara beregu campuran.
Walaupun bermula hambar, gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya bangkit menundukkan K. Tarun-P. Ashwini 17-21, 21-18 dan 21-15.
Selepas itu, beregu lelaki negara Tan Wee Kiong-Hoon Thien How tampil cemerlang melengkapkan kemenangan 21-19, 21-10 ke atas pasangan Bao Chunlai-Zheng Bo dari China.
Kemenangan 3-1 membolehkan Malaysia mengumpul 21 mata daripada tujuh perlawanan.
Topic Berkaitan
#Asia-All Stars
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan