KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.
Terbuka Malaysia yang dinaik taraf kepada Super 1000 bermula tahun depan adalah kejohanan peringkat teratas jelajah itu dengan menawarkan hadiah wang lebih besar serta mata ranking dunia, dijadualkan berlangsung pada 10-15 Jan 2023 dan 9-14 Jan 2024.
Kesemua 31 kejohanan Jelajah Dunia kemudiannya diteruskan dengan Terbuka India, Masters Indonesia dan Thailand, diikuti kejohanan benua pada minggu tujuh (Februari) sebelum berpindah ke Eropah dengan Terbuka Jerman.
Masters Malaysia pula dijadualkan pada 23-28 Mei 2023 dan 21-26 Mei 2024.
BWF juga mengesahkan China selaku tuan rumah Piala Sudirman 2023 berlangsung pada 14 hingga 21 Mei di Suzhou, menjadi kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik dengan tempoh bermula 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024.
Copenhagen bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia pada 20 hingga 27 Ogos, manakala China pula selaku penganjur Piala Thomas dan Uber 2024 pada 28 April hingga 5 Mei, namun bandar berlangsungnya kejohanan itu akan diumumkan kelak.
Setiausaha Agung BWF Thomas Lund berkata komuniti badminton kembali seperti sedia kala dalam beberapa tahun mendatang selepas dunia sukan global banyak terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak awal 2020.
"Selepas pandemik COVID-19, kita kini boleh menyusun kalendar kejohanan dari minggu ke minggu. Kita juga merasakan tidak perlu lagi penganjuran kejohanan secara kelompok seperti yang diperkenalkan sebelum ini untuk mengekang penularan COVID-19.
"Ini akan membantu mengurangkan tekanan dihadapi pemain dan pasukan, memberikan mereka lebih kebebasan untuk memilih kejohanan utama dalam usaha mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, pemain remaja Malaysia meraih dua kejuaraan di kejohanan Siri Antarabangsa Remaja India Bawah 19 (B-19) 2022 di Kotak Pullela Gopichand Badminton Academy di Hyderabad, semalam.
Pilihan utama Justin Hoh meraih gelaran juara perseorangan lelaki selepas mengecewakan wakil tuan rumah Pranay Shettigar 21-18, 21-14 manakala gandingan Ong Xin Yee-Carmen Ting mengungguli beregu wanita selepas mengalahkan pasangan India, Radhika Sharma-Tanvi Sharma 21-16, 21-15.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022

Terbuka Malaysia yang dinaik taraf kepada Super 1000 bermula tahun depan dijadualkan berlangsung pada 10-15 Jan 2023 dan 9-14 Jan 2024. - BWF

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

COVID19 | Tiada jangkitan varian Omicron CH.1.1 dikesan di China
Tiada jangkitan COVID-19 tempatan dikaitkan dengan varian Omicron CH.1.1 dan sub variannya ditemui di tanah besar China setakat ini, Pengesahan dibuat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC).

Krisis Teluk | Angelina Jolie lawat kubur mangsa pembunuhan Daish
Bintang Hollywood Angelina bertemu keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai militan Daish di Kampung Kocho, wilayah Sinjar, Iraq. Bekas Duta Khas untuk Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) itu ditemani pemenang hadiah Nobel, Nadia Murad.

Cabaran Malaysia pada Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 berakhir
Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ternyata bukan tandingan kepada beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong apabila tewas mudah 10-21, 15-21 dalam masa 27 minit.

Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mengejutkan - Boon Heong
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand.

Jelajah Dunia Akhir: Yew Sin-Ee Yi buru tempat ke final, berdepan The Daddies
Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berdepan gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia 2022, di Bangkok.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah gagal lepasi peringkat kumpulan
Empat wakil negara termasuk juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir BWF.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir buat beregu negara
Beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi diletak dalam Kumpulan A bersama-sama beregu ranking pertama dunia dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Axelsen, Yamaguchi pemain terbaik BWF
Anugerah tahunan sempena majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 itu diadakan bagi mengiktiraf prestasi pemain.

Final Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik enggan terbawa-bawa status juara dunia
Final Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik enggan terbawa-bawa status juara dunia

Malaysia tuan rumah Jelajah Dunia BWF Super 100
Malaysia antara tiga negara baharu yang disenaraikan sebagai tuan rumah untuk acara Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 100 bagi 2023 dan 2024.

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik antara tercalon bagi Anugerah BWF 2022
Mereka antara pemain yang dicalonkan untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022.

Badminton: Enam beregu Malaysia ke Jelajah Dunia Akhir
Sebanyak 24 kejohanan kelayakan berlangsung di seluruh dunia termasuk 19 Jelajah Dunia BWF, sebelum kejohanan akhir musim di Bangkok.