KUALA LUMPUR: Juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi terselamat dalam pertarungan set penentuan berhadapan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat julung kali di sini hari ini.
Kedua-dua wakil Jepun itu mempamerkan aksi hebat dalam pertarungan sengit set pertama yang membuatkan para peminat yang menyaksikan perlawanan akhir itu di Arena Axiata di sini teruja dan menumpukan sepenuh perhatian sebelum Hoki-Kobayashi mengatasi beregu Indonesia itu 24-22.
Bagaimanapun, tiba giliran Fajar-Muhammad Rian bangkit memenangi set seterusnya apabila mereka meningkatkan gaya dan taktik permainan untuk menundukkan lawan mereka 21-16.
Dalam set penentuan ia merupakan pertarungan sengit sehingga kedudukan mata 5-5 tetapi selepas itu Hoki-Kobayashi terus menguasai permainan untuk memenanginya dengan keputusan 21-9.
Hoki-Kobayashi merupakan beregu kedua Jepun merangkul kejuaraan itu selepas Takeshi Kamura-Keigo Sonoda memenanginya pada edisi 2018 selepas menewaskan beregu senegara Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe, 21-8, 21-10.
Sementara itu, Hoki mengakui ia merupakan kejayaan manis buat mereka yang berada di ranking nombor dua dunia untuk muncul juara dalam kejohanan ini buat julung kalinya dan menyasarkan untuk menumbangkan beregu nombor satu dunia pada masa ini Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia untuk berada di puncak ranking dunia seterusnya.
Beliau juga berharap untuk mengekalkan prestasi hebat mereka menjelang Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di tanah air mereka yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 28 Ogos ini.
Oleh itu, Hoki berkata mereka akan berhati-hati dalam menghadapi cabaran daripada pasangan lain yang mahu merampas gelaran Juara Dunia itu daripada genggaman mereka.
"Kami akan menggunakan minggu-minggu selepas ini untuk memperhalusi dan lebih bersedia untuk Kejohanan Dunia," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Pemain beregu lelaki pemain Jepun Takuro Hoki (kiri) dan Yugo Kobayashi (kanan) menjuarai perlawanan beregu lelaki selepas menewaskan pemain Indonesia pada perlawanan akhir. - Foto BERNAMA

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Platform Sains Terbuka Malaysia perkukuh amalan perkongsian data mentah penyelidikan
Universiti terbabit ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Peng Soon mahu tampil agresif di Masters Malaysia
Beliau tidak mahu ulang kesilapan terkandas seawal pusingan pertama di tangan pasangan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas minggu lepas.

Mental perlu kuat harungi cabaran Masters Malaysia, kata Sze Fei-Izzuddin
Pasangan itu mengakui faktor tersebut menyebabkan mereka terlepas peluang merangkul gelaran pada Terbuka Malaysia Sabtu lalu.

Axelsen teruja penantian gelaran Terbuka Malaysia selama 10 tahun tercapai
Viktor Axelsen menzahirkan perasaan teruja dan gembira apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian kejuaraan badminton Terbuka Malaysia sejak penampilan sulungnya 10 tahun lalu.

Badminton Terbuka Malaysia: Hoki-Kobayashi muncul juara buat julung kali
Tewaskan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Final untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen mudah menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, pada final perseorangan lelaki.

Badminton Terbuka Malaysia: Gelaran juara pertama bersejarah bagi Apriyani-Siti Fadia
Gandingan baharu beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti menjulang kejuaraan pertama mereka di Terbuka Malaysia 2022.

Badminton: Rexy gesa beregu lelaki bangkit dari 'penyakit' kalah separuh akhir
Rexy menggesa pemain beregu lelaki bangkit daripada 'penyakit' kecundang di peringkat separuh akhir dan final kejohanan.

Axelsen, Momota melangkah ke akhir Terbuka Malaysia
Final Terbuka Malaysia 2022 akan memperlihatkan pertembungan dua pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dan Kento Momota (Jepun) di Arena Axiata pada Ahad.

Aaron-Wooi Yik terkandas, cabaran Malaysia berakhir
Cabaran pasukan tuan rumah di saingan Terbuka Malaysia berakhir pada malam ini, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir.