awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi ke suku akhir, singkir juara Olimpik

Bernama
Bernama
30/06/2022
09:49 MYT
Badminton Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi ke suku akhir, singkir juara Olimpik
Aksi beregu lelaki negara Ong Yew Sin (kanan) dan Teo Ee Yi selepas menewaskan beregu lelaki Taiwan Lee Yang dan Wang Chi-Lin pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menceriakan kem badminton negara apabila mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022 di Arena Axiata hari ini.
Lebih manis, pasangan kesepuluh terbaik dunia itu menewaskan juara Olimpik dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin untuk kali kedua selepas melakukannya pada saingan suku akhir Kejohanan Dunia tahun lepas.
Pada aksi pusingan kedua yang meraih sokongan gemuruh daripada penonton di stadium, pasangan negara memerlukan 41 minit sebelum berjaya menundukkan pasangan Taiwan yang menduduki ranking keempat dunia 21-17, 21-18.
Ketika ditemui pemberita, Yew Sin berkata sokongan padu daripada penyokong telah membakar semangat mereka untuk meraih kemenangan mudah ke atas lawan tanpa diheret ke set penentuan.
"Syukur kami berjaya hari ini. Kami tidak meletakkan harapan tinggi sebelum perlawanan hari ini sebaliknya merancang mengutip mata demi mata dan berikan saingan terbaik," katanya.
Topic Berkaitan
#Ong Yew Sin
#Teo Ee Yi
#badminton
#Terbuka Malaysia
#juara Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan