TEKNOLOGI digunakan sepenuhnya oleh syarikat gergasi dan juga PKS bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan disebalik orang ramai di seluruh dunia terpaksa duduk di rumah bagi mengelak penularan COVID-19.
Pelan perancangan perniagaan yang baik akan memastikan kelangsungan syarikat masing-masing, termasuklah jenama pakaian sukan dari Jepun, Asics.
Perancangan untuk membawa media termasuk penulis ke Jepun menyaksikan pelancaran tiga kasut baharu syarikat itu bulan lepas terpaksa dibatalkan tetapi itu tidak menghalang Asics menggunakan teknologi terbaharu untuk memastikan pelancaran itu diteruskan.
Mereka meminjamkan fon kepala virtual reality (VR) ataupun realiti maya untuk membawa media ke makmal kajian dan penyelidikan (R&D) jenama itu di alam maya Jepun.
Asics memanfaatkan fon kepala VR ciptaan Oculus, syarikat milik Facebook, untuk memberi pengalaman baru kepada media untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai tiga model terbaharu iaitu kasut larian jarak jauh, METARACER, kasut larian pecut, METASPRINT dan kasut bola tampar, METARISE.
Apa yang saya saksikan memakai set VR tersebut ialah pemandangan 360 darjah makmal R&D alam maya Asics dan mendengar penerangan mengenai model terbaharu yang dilancarkan.
Saya juga diajak untuk berlari setempat dan melompat, seakan berada di dalam balapan dan gelanggang alam maya itu.
Bagi Asics, tiga model terbaharu tersebut hadir dengan kelebihan masing-masing, dimana model METARACER dikatakan dapat mengurangkan beban pada otot betis semasa larian sehingga 20 peratus untuk mengekalkan tenaga semasa larian.
Kasut untuk bola tampar, METARISE pula dikatakan dapat meningkatkan lompatan pemain sehingga tiga peratus lebih tinggi.
METASPRINT, kasut untuk atlet pecut pula tidak menggunakan pepaku untuk cengkaman di balapan seperti kasut pecut yang lain.
Untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan Asics, syarikat itu membuat keputusan untuk menutup kedai dan pejabat mereka di negara yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Penjualan produk mereka di dalam talian masih berjalan seperti biasa, namun pelanggan dinasihatkan penghantaran mungkin tertangguh akibat krisis COVID-19 ini.
Ian Johan Ariff
Thu Apr 09 2020
Pengalaman baharu melihat pelancaran kasut baharu Asics menggunakan VR.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Takut kesejukan, Aishah pecah rekod peribadi larian maraton di Tokyo
Hujan dan sejuk menyebabkan Aishah mahu menamatkan larian dengan lebih cepat semasa sertai Tokyo Marathon 2019.