awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM lantik Soon Kit

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2015
14:21 MYT
BAM lantik Soon Kit
Namun BAM masih belum menetapkan bila Soon Kit akan memulakan tugasnya. - Gambar Astro ARENA
Bekas pemain badminton negara, Cheah Soon Kit menjadi pilihan untuk mengemudi barisan beregu kebangsaan berita itu disahkan pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed al-Amin Abdul Majid selepas mesyuarat exco BAM.
Menurut Al-Amin, Mesyuarat Exco BAM yang bersidang pada Rabu membincangkan lebih lanjut mengenai perlantikan jurulatih baru, dan pemilihan Soon Kit adalah atas cadangan daripada Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost untuk mengukuhkan lagi barisan beregu negara.
Tambahnya, berdasarkan pengalaman yang ada pada bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu bersama gandingannya, Yap Kim Hock, dia mampu menggalas tanggunjawab itu.
Namun BAM masih belum menetapkan bila Soon Kit akan memulakan tugasnya.
"Perlantikan ini satu penghormatan. Saya bangga diberi peluang untuk melatih skuad kebangsaan sekali lagi.
"Sudah tentu saya perlu mendapatkan pengesahan dan berbincang dengan BAM, tapi perlantikan ini sesuatu yang membanggakan," kata Soon Kit.
Beliau pernah membimbing beregu wanita negara selama enam tahun sebelum beliau meninggalkan BAM pada 2007 untuk menyertai kelab profesional, KLRC.
Topic Berkaitan
#BAM
#Cheah Soon Kit
#Mohamed Al-Amin Abdul Majid
#Sukan Olimpik Atlanta 1996
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan