awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM tinjau khidmat jurulatih tempatan

Bernama
Bernama
09/12/2020
20:47 MYT
BAM tinjau khidmat jurulatih tempatan
BAM memutuskan tidak memperbaharui kontrak Eei Hui dan Pei Tty sebagai jurulatih beregu wanita dan Rosman sebagai beregu lelaki. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang mencari jurulatih tempatan bagi menggantikan tiga jurulatih dalam pasukan badminton negara, yang kontrak mereka tidak disambung selepas mereka gagal mencapai sasaran masing-masing.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata persatuan itu sedang mengenal pasti calon yang layak bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh tiga jurulatih yang terdiri daripada -- Chin Eei Hui, Wong Pei Tty dan Rosman Razak.
"Kami masih belum memuktamadkan jurulatih yang layak yang akan dibawa ke dalam pasukan jurulatih negara, namun ketika ini kemungkinan besar ia melibatkan jurulatih tempatan," katanya kepada Bernama semalam.
BAM baru-baru ini memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak Eei Hui dan Pei Tty sebagai jurulatih beregu wanita, manakala Rosman, yang dipertanggungjawabkan kepada beregu lelaki, memutuskan untuk tidak lagi bersama pasukan negara, atas persetujuan bersama.
Eei Hui dan Pei Tty adalah bekas pemain beregu wanita kebangsaan, yang merupakan gandingan mantap semasa zaman kegemilangan mereka sekitar tahun-tahun awal 2000, dengan persembahan yang paling tidak dapat dilupakan adalah semasa mereka memenangi pingat gangsa di Kejohanan Piala Dunia Badminton 2006 di China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#China
#Piala Dunia
#wanita
#Malaysia
#lelaki
#calon
#Wong Choong Hann
#kontrak
#pemain beregu wanita
#jurulatih tempatan
#jurulatih
#gagal capai sasaran
#Rosman Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan