'Bapa pembangunan bola sepak Kedah' Kassim Saad, 78, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi akibat angin ahmar.
Menurut anaknya Mohamad Izham, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Salmiah Othman, 72, dan anggota keluarga pada kira-kira 11.45 malam setelah 11 hari dimasukkan ke HSB.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak dan dua cucu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kodiang, Jitra pada 11.30 pagi tadi.
Sementara itu, Mohamad Izham, 40, berkata bapanya banyak menyumbang dalam mencungkil dan membimbing bakat baharu dan pelatih sukan bola sepak negeri ini.
"Antara nama terkenal yang pernah mendapat sentuhannya ialah bekas ketua jurulatih Kedah Mohd Azrai Khor Abdullah, Radzi Mat Din, Azmi Mahmud, Kamal Idris Ali, Fadrizuan Che Hamid dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
"Allahyarham juga merupakan bekas pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar pada 1983 sehingga 1988 dan pada masa sama mengambil peluang tersebut menghimpunkan pelajar yang berpotensi dan berbakat untuk Kedah," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Izham berkata, rumah keluarganya di Taman Golf di sini tidak ubah seperti akademi bola sepak apabila ramai pelajar yang dijadikan anak angkat oleh arwah bapanya untuk dibimbing sebagai pemain.
"Minat arwah terhadap bola sepak tidak pernah pudar dan baru-baru ini arwah sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kedah yang menjuarai Piala Malaysia walaupun tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan bola sepak di peringkat negeri," katanya.
Sementara itu, Mohd Azrai menyifatkan Allahyarham sebagai bapa pembangunan bola sepak Kedah yang tidak didendangkan.
"Jasa beliau dalam pembangunan bola sepak Kedah tidak ternilai harganya kerana ramai pemain Kedah yang berbakat mendapat didikan dan dorongan daripada arwah hingga menjadikan Kedah pasukan yang disegani," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2017
'Bapa pembangunan bola sepak Kedah' Kassim Saad, 78, meninggal dunia di HSB malam tadi akibat angin ahmar. - Facebook photo
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu
Khidmat Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal digantikan dengan jurulatih baharu.
Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.
Akmal Rizal harap 'magis 90 minit'
Akmal Rizal yakin anak buahnya mampu bangkit untuk beraksi lebih cemerlang meskipun berdepan dua kekalahan berturut-turut menentang KDA FC.
Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih
Faktor keyakinan itu diperoleh hasil kerja keras pemain yang menjalani latihan tanpa jemu sehingga mampu melakar kejayaan.
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya.
'Bapa pembangunan bola sepak Kedah', Kassim Saad meninggal dunia
Cikgu Kassim Saad menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Salmiah Othman, 72, dan anggota keluarga pada kira-kira 11.45 malam setelah 11 hari dimasukkan ke HSB.
FAM perlu lebih proaktif tangani isu persaraan pemain - Akmal Rizal
Bekas penyerang kebangsaan itu mahu pihak terbabit mengambil serius isu persaraan empat pemain negara dari skuad JDT.