awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal ke tahun satu secara sukarela sesuai dengan perkembangan dan potensi kanak-kanak
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona dimalukan Sevilla, tewas mengejut 4-1

Muhamad Syazwan Jonizar
Muhamad Syazwan Jonizar
06/10/2025
02:50 MYT
Barcelona dimalukan Sevilla, tewas mengejut 4-1
Sevilla yang tidak pernah menewaskan Barcelona di liga Sepanyol lebih sedekad. - Foto REUTERS
BARCELONA gagal merebut kembali kedudukan teratas La Liga selepas dikejutkan Sevilla dengan kekalahan terburuk mereka sejak tewas 4-0 pada 1951.
Keperluan untuk menang bagi menyaingi Real Madrid sebagai pendahulu liga tidak tercapai apabila juara bertahan itu dilihat sukar mengatasi dominasi tuan rumah.
Robert Lewandowski turut gagal memanfaatkan sepakan penalti pada babak kedua, selepas Marcus Rashford menyumbat jaringan kaki kiri pada masa tambahan separuh masa pertama untuk memberi harapan mengurangkan defisit dua gol.
Pasukan Hansi Flick dilihat kurang berkesan sepanjang perlawanan dan sememangnya tewas buat kali pertama dalam saingan liga musim ini, kepada Sevilla yang tidak pernah menewaskan Barcelona di liga Sepanyol lebih sedekad.
Bekas pemain sayap Barcelona, Alexis Sanchez membuka jaringan dari titik penalti selepas kapten lawan, Ronald Araujo, menjatuhkan Isaac Romero di tepi garisan.
Romero kemudian menambah gol kedua melalui serangan balas pantas, sebelum Rashford membalas dengan jaringan hasil hantaran silang Pedri.
Sevilla mempertahankan benteng mereka dengan cemerlang, sehingga Lewandowski melepaskan sepakan penalti yang tidak menemui sasaran selepas pelanggaran Adnan Januzaj ke atas Alejandro Balde.
Gol penutup oleh Jose Angel Carmona dan Akor Adams menambah derita Barcelona, yang sebelum ini tewas kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu.
Barcelona kini dua mata di belakang pendahulu Real Madrid, sementara Sevilla mengekalkan tempat kelima, yang berisiko digugat Atletico Madrid sekiranya menang menentang Celta Vigo.
View this post on Instagram
A post shared by Sevilla FC (@sevillafc)
Topic Berkaitan
#barcelona
#La Liga
#Sevilla
#Robert Lewandowski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan