awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayern Munich teruskan aksi cemerlang dengan tundukkan Wolfsburg

Astro Arena
Astro Arena
15/08/2022
02:00 MYT
Bayern Munich teruskan aksi cemerlang dengan tundukkan Wolfsburg
Jamal Musiala menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan Bundesliga antara Bayern Munich FC dan VfL Wolfsburg di Munich, Jerman, 14 Ogos 2022. (Foto AP)
BAYERN MUNICH 2 WOLFSBURG 0
Bayern Munich mencatatkan dua kemenangan daripada dua perlawanan pertama Bundesliga musim ini apabila menewaskan Wolfsburg 2-0 di Arena Allianz lewat malam tadi.
Gol Jamal Musiala dan Thomas Muller dalam babak pertama sudah cukup untuk pasukan juara bertahan itu menewaskan pelawat di bawah cuaca panas, sekali gus mengekalkan rekod sempurna mereka musim ini.
Pasukan bimbingan Julian Nagelsmann itu menyertai seteru utama, Borussia Dortmund, sebagai hanya dua pasukan yang mengutip enam mata maksimum dalam kempen musim ini sambil bekas pengurus Bayern, Niko Kovac, perlu bersyukur pasukannya tidak dibolosi dengan jaringan lebih besar.
Bayern memulakan aksi dengan amat kukuh, di mana tandukan Benjamin Pavard terkena palang gol dan Sadio Mane pula kelihatan akan terlebih dahulu memecahkan kebuntuan buat tuan rumah tetapi semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia berada di kedudukan ofsaid.
Bagaimanapun, Musiala memastikan jaringan pembukaan menjadi milik Bayern dengan rembatan daripada penjuru kota penalti ke 'far post' untuk menewaskan penjaga gol, Koen Casteels.
Muller kemudian bertindak membiaskan sepakan Joshua Kimmich dan menembusi gawang lawan untuk Bayern selesa menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.
Mane turut berhasil menemui jaring lawan dalam babak kedua tetapi tuah masih belum memihaknya apabila VAR sekali lagi mengesannya berada di kedudukan ofsaid tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan buat Bayern untuk mempertahankan kelebihan mereka sehingga wisel penamat.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Wolfsburg
#Bundesliga
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan