REAL MADRID 4 ALAVES 0
Keputusan Cristiano Ronaldo untuk melepaskan peluang hatrik dan membiarkan Karim Benzema menyempurnakan kemenangan 4-0 ke atas Alaves meraih pujian pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.
Benzema berdepan tempoh sukar atas ketumpulan penyudahnya dengan hanya mencetak tiga gol dalam LaLiga sebelum ini.
Penyokong di Santiago Bernabeu mengejek penyerang Perancis itu apabila gagal memanfaatkan peluang keemasan ketika permainan masih 0-0.
Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu bertindak balas dengan mencipta umpanan untuk gol pembukaan Ronaldo pada minit ke-44 selain membuka ruang kepada Gareth Bale yang meledak sejurus permainan bersambung.
Ronaldo menambah gol ketiga sebelum memberi kesempatan kepada Benzema untuk menyempurnakan penalti pada minit ke-89 selepas Victor Laguardia menjatuhkan Bale.
"Saya gembira dengan sikap Cristiano terhadap Karim," kata Zidane dalam sidang akhbar selepas menyaksikan rangkaian serangan yang dikenali sebagai BBC itu kesemuanya kembali merakamkan gol buat kali pertama musim ini.
"Ini menunjukkan dia seorang pemain berpasukan. Karim layak mendapatkan gol itu kerana dia bermain dengan sangat bagus."
Kebanyakan fokus pra-perlawanan terarah kepada Bale, Benzema dan Ronaldo yang diletakkan dalam kesebelasan utama, sebaliknya Zidane membuat percaturan 4-4-2, dengan pemain antarabangsa Wales itu dan Lucas Vazquez bergerak di bahagian sayap.
Oleh itu, pengurus itu mahu memastikan Lucas turut menerima bahagian pujiannya atas asakan bertali arusnya pada separuh masa kedua.
"BBC sentiasa ada di sana," menurut Zidane. "Mereka mengharungi permainan yang bagus, begitu juga Lucas Vazquez, mereka berempat bermain dengan sangat baik, saya gembira dengan keempat-empat mereka.
"Kami akan lihat (jika Bale kekal di sebelah kiri), saya mahu Gareth dalam kedudukan ini, maka kita akan lihat dalam permainan berikutnya.
"Begitupun, buat masa ini kami mahukan lebih banyak konsistensi dalam permainan, tumpuan kami dan ia datang dengan keyakinan yang pulih, ia penting bagi pemain."
Astro Arena
Sat Feb 24 2018
Ronaldo (gambar) menambah gol ketiga sebelum memberi kesempatan kepada Benzema untuk menyempurnakan penalti pada minit ke-89 selepas Victor Laguardia menjatuhkan Bale. REUTERS
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ancelotti label kapten Real Madrid Karim Benzema pemain sempurna
Benzema mencetak dua gol menerusi voli dalam setiap babak sementara Nacho, disusuli tandukan Vincius Junior, melengkapkan kemenangan gergasi dari ibu kota Sepanyol itu
BBC kembali menyengat, semangat berpasukan Ronaldo pikat perhatian
Penyokong di Santiago Bernabeu mengejek Benzema apabila gagal memanfaatkan peluang keemasan ketika permainan masih 0-0.
Anak Zidane tinggalkan Real Madrid
Bekas pemain tengah skuad bawah 19 tahun Perancis itu yang dididik menerusi Akademi Real Madrid sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Alaves.