awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas bintang All Blacks minat kerjasama dengan Ragbi Malaysia

Bernama
Bernama
19/02/2024
13:13 MYT
Bekas bintang All Blacks minat kerjasama dengan Ragbi Malaysia
Williams yakin ada banyak bakat menunggu untuk dicungkil apabila beliau berkongsi kepakarannya dengan 60 pemain muda dari NRDP. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams telah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Ragbi Malaysia (MR) pada masa hadapan.
Walaupun tidak menjelaskan peranan yang dimaksudkan dengan MR, Williams yakin ada banyak bakat menunggu untuk dicungkil apabila beliau berkongsi kepakarannya dengan 60 pemain muda dari Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) semasa 'Klinik Ragbi Bersama Raja Offload' di sini, hari ini.
"Ya, sudah pasti (kerjasama dengan MR). Saya ingin kembali dan menjadi sebahagian daripada ragbi Malaysia," katanya kepada pemberita selepas sesi hampir sejam di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Walaupun ragbi bukan sukan utama di Malaysia, pemain berusia 38 tahun itu kagum melihat semangat yang kuat dalam kalangan peserta NRDP.
Williams, pemenang Piala Dunia dua kali bersama New Zealand pada tahun 2011 dan 2015, tiba di di sini Jumaat lepas untuk berucap dalam sebuah acara pendidikan Islam. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sonny bill williams
#ragbi malaysia
#cungkil bakal
#nrdp
#Program Pembangunan Ragbi Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan