KUALA LUMPUR: Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei hari ini mengejutkan dunia badminton, apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada usia 21 tahun.
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTubenya, hanya dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.
Jin Wei menyatakan antara sebab keputusannya itu kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan akibat sakit dalam perut pada 2019.
"Saya telah bersama pasukan kebangsaan untuk tujuh tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga kepada semua rakan dan peminat. Saya harap semua kekecewaan dan impian saya, akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing," katanya.
Pada Sabtu, BAM tidak menyenaraikan Jin Wei dalam skuad Piala Sudirman disebabkan 'tidak bersedia dari segi fizikal' untuk kejohanan berpasukan campuran itu, tetapi menyenaraikannya untuk Piala Uber.
Piala Sudirman dijadualkan berlangsung di Vantaa, Finland dari 26 Sept hingga 3 Okt, manakala akhir Piala Thomas dan Piala Uber di Aarhus Denmark dari 9 hingga 17 Okt.
Menjuarai Piala Dunia Remaja dua kali pada edisi Lima 2015 (Peru) dan Markham 2018 (Kanada), Jin Wei juga memenangi gelaran di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Dilihat sebagai juara perseorangan wanita yang akan datang, Jin Wei berada dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia, dengan menduduki tempat ke-24 pada Ogos 2018, namun kini menduduki tempat ke-103 dunia selepas berehat panjang selepas pembedahan.
Beliau seperti kembali kepada prestasinya apabila layak ke perlawanan akhir di Antarabangsa Sepanyol pada Jun sebelum tewas kepada rakan senegara S. Kisona, namun pengumumannya hari ini memusnahkan harapan peminatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Jin Wei menyatakan antara sebab keputusannya itu kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan akibat sakit dalam perut pada 2019. - Gambar fail/Astro Arena
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.
Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.
Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.
Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.
Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.
Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.
Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.
Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.