awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia

Bernama
Bernama
24/12/2019
00:58 MYT
Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia
Izuan Ibrahim meninggal dunia di HUSM Kubang Kerian malam tadi. -Foto Sinar Harian
Bekas jurulatih pemain nombor satu dunia Kento Momota semasa remaja, Izuan Ibrahim, 35, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, malam ini.
Presiden Persatuan Badminton Kelantan Dr Naharuddin Hashim berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam ini, selepas dimasukkan ke hospital itu Khamis lepas.
"Allahyarham dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian selepas mengadu sakit kepala dan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak dan darah beku.
"Allahyarham sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas sebagai jurulatih skuad junior BAM dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Dr Naharuddin berkata jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, kira-kira pukul 11 malam tadi.
Beliau berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Marsyhtah Muhammad dan tiga orang anak.
Allahyarham Izuan sebelum ini tular selepas Jepun muncul juara Piala Thomas pada 2014 kerana pernah menjadi jurulatih Kento Momota ketika masih remaja.
BAM dalam satu hantaran terkini dalam laman Instagram menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga jurulatih terbabit.
View this post on Instagram
Innalillahiwainnailaihirajiun Salam takziah buat keluarga Allahyarham Izuan Ibrahim, 35, bekas Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Perlis yang telah kembali ke rahmatullah. ⁣ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. ⁣ ⁣ Al-Fatihah.
A post shared by BAM (@ba_malaysia) on
Dec 23, 2019 at 5:28am PST
"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Izuan Ibrahim, bekas ketua jurulatih Persatuan Badminton Perlis yang telah kembali ke rahmatullah.
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh," menurut BAM.
Jurulatih skuad junior yang juga bekas juara All England 2003 Hafiz Hashim dalam postingnya, berkata beliau redha dengan kehilangan Izuan yang juga rakannya sejak kecil lagi.
"Kawan aku dari kecil, main badminton sama-sama, aku redho Wer (Izuan) mu g dulu (awak pergi dulu), Allah lebih sayangkan mu Wer. (Allah lebih sayangkan kamu Izuan). Al-Fatihah," menurut Hafiz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Universiti Sains Malaysia
#HUSM
#Izuan Ibrahim
#Kento Momota
#Kubang Kerian
#Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan