BEKAS pertahanan Wigan dan Ivory Coast Steve Gohouri telah ditemui mati di River Rhines sejak dia didapati hilang ketika sambutan Krismas lalu.

Gohouri beraksi bersama pasukan divisyen empat Jerman, TSV Steinbach sebelum berangkat untuk berjumpa keluarganya di Paris.

Walau bagaimanapun, Gohouri gagal dikesan sehingga memaksa ahli keluarganya membuat laporan polis.

Pihak polis telah menjumpai mayat seorang lelaki pada Sabtu dan laporan membuktikan mayat itu adalah Steve Gohouri.

Gohouri yang dibentuk menerusi akademi bola sepak Paris Saint Germain menyertai Wigan dari Borussia Monchengladbach pada Januari 2010.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudian berpindah ke Maccabi Tel Aviv pada tahun 2012 sebelum kembali ke Jerman menyertu TSV Steinbach di penghujung kariernya.