Belum ada jawapan, FIFA tak umum keputusan rayuan FAM lagi

Setakat laporan ini disiarkan, belum ada pengesahan rasmi daripada FIFA. Dijangka keputusan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR: Debaran semakin memuncak tatkala menanti keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan isu dokumentasi sehingga dikenakan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Ringkasan AI
- FAM fail rayuan rasmi kepada FIFA berhubung penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, dengan peguam sukan Serge Vittoz mengetuai usaha membatalkan keputusan terdahulu.
- Jawatankuasa bebas diketuai Tun Md Raus Sharif ditubuhkan untuk menyiasat isu dokumentasi secara dalaman, tanpa melibatkan individu dari FAM bagi menjamin ketelusan.
- Peminat resah menunggu keputusan FIFA, yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat dan bakal menentukan hala tuju kes sama ada berpihak kepada Malaysia atau dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Dalam satu sesi sidang media FAM baru-baru ini, badan induk bola sepak negara itu melantik peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, sekali gus memfailkan rayuan rasmi pada 14 Oktober lalu dalam masa sama menghormati proses yang dibuat oleh FIFA.
Vittoz menegaskan tujuan utama rayuan dibuat adalah untuk membatalkan keputusan terdahulu.
Selain itu, ia juga bukan untuk menafikan kewujudan dokuman, sebaliknya memperjuangkan hak FAM sebagai organisasi yang tidak terlibat dengan pemalsuan.
Satu jawatankuasa bebas juga telah diwujudkan oleh FAM bagi menjalankan siasatan membabitkan isu ini secara dalaman, dan mengenal pasti kesilapan yang berlaku.
Bekas ketua hakim negara, Tun Md Raus Sharif, sebagai pengerusi bertindak mengetuai badan itu yang mana ia tidak akan membabitkan mana-mana individu dari FAM bagi memastikan proses siasatan dapat dilaksanakan secara adil, telus dan profesional.
Setakat laporan ini disiarkan, belum ada pengesahan rasmi daripada FIFA. Dijangka keputusan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju selepas ini, sama ada memihak kepada Malaysia atau berlanjutan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


