KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu negara Ong Beng Hee dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan Skuasy Amerika Syarikat (US Squash) menggantikan Paul Assaiante.
Memulakan tugas baharu itu minggu lepas, Beng Hee, pemenang emas Sukan Asia dua kali itu akan menerajui pasukan Amerika Syarikat memburu kecemerlangan daripada peringkat pembangunan junior hingga program berprestasi tinggi di Pusat US Squash Arlen Specter di Philadelphia.
Sebelum ini, jurulatih berusia 41 tahun itu mengetuai program kebangsaan Qatar, selaku pengarah teknikal, selama empat tahun selepas bersara daripada siri Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) pada 2015.
"Ini adalah pencapaian terbesar saya sebagai jurulatih untuk menerajui program yang disokong dengan kemudahan menakjubkan di Pusat Arlen Specter. Ini adalah impian menjadi kenyataan kepada mana-mana jurulatih. Saya berterima kasih kepada keluarga Ganek, US Squash dan Assaiante.
"Saya mengenali Assaiante sekian lama dan tidak sabar untuk terus bekerjasama dengan beliau bagi membantu membina program yang lebih cemerlang," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web US Squash.
US Squash juga mengumumkan Assaiante akan terus berkhidmat dengan peranan baharu sebagai 'emeritus' selepas 13 tahun menjadi ketua jurulatih kebangsaan.
Dalam karier pemain profesional selama 17 tahun, Beng Hee telah menjuarai 15 gelaran PSA serta menghuni ranking 10 pemain terbaik dunia selama 31 bulan.
Menurut kenyataan US Squash itu, Beng Hee akan membimbing empat pemain wanita terbaik negara itu yang berpangkalan di Philadelphia - Amanda Sobhy, Olivia Blatchford Clyne, Sabrina Sobhy dan Olivia Fiechter yang kesemua mereka menghuni ranking dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia.
Sementara itu, pemain nombor enam dunia, Amanda menyifatkan kehadiran Beng Hee memberi rangsangan dan keyakinan kepada pemain.
"Saya teruja untuk belajar daripada Beng Hee, seorang yang arif dengan minda dan latihan yang diperlukan di peringkat tertinggi dan tidak sabar untuk mendapatkan ilmu beliau untuk mengembangkan corak permainan saya.
"Saya harap kehadiran beliau akan menggalakkan lebih ramai pemain mahu menempatkan diri di pusat berkenaan untuk berlatih bersama kami semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Sebelum ini, Beng Hee mengetuai program kebangsaan Qatar selaku pengarah teknikal, selama empat tahun. - Twitter/ @USSQUASH
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Mat Yo doa kesembuhan Faisal Halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Beng Hee cabar atlet skuasy negara ke tahap lebih tinggi
Bergelar pemain profesional bermula pada tahun 2000 hingga 2006, Beng Hee antara pemain skuasy negara yang pernah berdiri seiring dengan barisan pemain terbaik dunia.