BEKAS pemain skuasy negara, Ong Beng Hee, mahu barisan atlet skuasy negara mencipta lebih banyak kejayaan dalam pentas antarabangsa.
Bergelar pemain profesional bermula pada tahun 2000 hingga 2006, Beng Hee antara pemain skuasy negara yang pernah berdiri seiring dengan barisan pemain terbaik dunia.
Muncul juara Kejohanan Asia empat kali berturut sementara meraih dua pingat emas dalam Sukan Asia, pengalamannya membenarkan dirinya untuk meneruskan berkhidmat dalam
skuasy dalam bidang kejurulatihan.
Kini, dia bergelar pengarah kejurulatihan skuasy serta ketua jurulatih skuasy Qatar berjaya meluaskan lagi pengalaman kepada bidang yang baru.
"Ia sangat menarik kerana ia telah membuka satu lagi pengalaman baru buat saya. Saya kini lebih mendalami bidang kejurulatihan dan pengurusan," kata Beng Hee.
"Saya sudah berada di Qatar selama dua tahun. Saya di sini bukan sahaja menyediakan program latihan tetapi turut menjalankan kejohanan tempatan dan bertaraf PSA. Tahun
ini kami akan menganjurkan Kejohanan Dunia Lelaki Skuasy yang bakal berlangsung di Doha dari 31 Oktober hingga 8 November.
"Malaysia akan sentiasa menjadi pilihan namun buat masa ini, saya cuba memperoleh pengalaman di Qatar dan berharap meningkatkan lagi sukan skuasy ke tahap yang lebih
tinggi.
"Skuasy Qatar masih lagi dalam fasa pembangunan dan ketinggalan di belakang Malaysia. Dalam tempoh dua tahun saya berkhidmat, kami lebih mengutamakan program akar umbi serta usaha untuk memupuk minat terhadap sukan skuasy di Qatar.
Beng Hee berharap pemain-pemain semasa skuad skuasy negara mampu mencapai tahap yang lebih tinggi dan berusaha bagi mengharumkan nama negara.
"Sebagai generasi emas seiring dengan Mohd Azlan Iskandar (bekas pemain nombor 10 dunia) dan Nicol David (bekas nombor satu dunia), harapan saya adalah melihat pemain-pemain yang sedang meningkat naik seperti S. Sivasangari, Ng Eain Yow, Ivan Yuen and Low Wee Wern menyerlah. Ia merupakan peluang mereka untuk menyinar dan memahat nama mereka di pentas antarabangsa."
Astro Arena
Sat Jun 22 2019
Beng Hee (dua dari kiri) Beng Hee berharap pemain-pemain semasa skuad skuasy negara mampu mencapai tahap yang lebih tinggi dan berusaha bagi mengharumkan nama negara. - Astro Arena
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.