awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beng Hee gagal pertahan kejuaraan Terbuka Motor City

Bernama
Bernama
28/01/2013
10:22 MYT
Beng Hee gagal pertahan kejuaraan Terbuka Motor City
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara Ong Beng Hee gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Motor City apabila kalah di peringkat suku akhir kejohanan itu di Detroit, Amerika pada Ahad.
Bagaimanapun, pemain bukan pilihan ini memberi saingan sengit kepada pemain pilihan pertama Mohamed El-Shorbagy dari Mesir pada perlawanan berkenaan.
Laman web kejohanan itu www.squashsite.co.uk melaporkan kedua-dua pemain bertarung selama 75 minit sebelum kemenangan memihak kepada Mohamed El-Shorbagy dengan mata 11-5, 9-11, 6-11 dan 12-14 untuk melayakkan juara 2011 itu bertemu rakan senegaranya Amr Shabana di peringkat separuh akhir pada Isnin.
Shabana, pemain pilihan keempat, mara ke separuh akhir setelah mengalahkan Miguel Angel Rodriguez dari Colombia 11-6, 11-7 dan 11-3 dalam masa 39 minit.
Satu lagi perlawanan separuh akhir akan menyaksikan pertembungan antara dua pemain Mesir - pemain pilihan ketiga Omar Mosaad, dan pemain pilihan kedua Karim Darwish.
Mossad mara ke separuh akhir dengan mengalahkan pemain India Saurav Ghosal 11-6, 11-8 dan 11-8, manakala Darwish pula menumpaskan pemain Afrika Selatan Steve Coppinger 11-5, 11-4, 6-11 dan 11-3.
Topic Berkaitan
#ong beng hee
#Skuasy
#Terbuka Motor City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan