awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Microsoft akan menyelesaikan pelbagai masalah Windows 11 sepanjang 2026
Pelajar lelaki dipukul dipercayai akibat insiden kelucahan melampau
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam Albert Tei cabar arahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2026
04:21 MYT
Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik
Jodoh Benzema bersama Al-Ittihad dikhabarkan bakal berakhir lebih awal dengan kontrak semasanya dijangka tamat pada Jun depan. - Gambar fail/Reuters
MASA depan pemenang Ballon d'Or 2022, Karim Benzema dalam saingan Liga Pro Saudi kini menjadi tanda tanya besar selepas beliau dilaporkan enggan diturunkan dalam perlawanan menentang Al Fateh baru-baru ini.
Bekas penyerang sensasi Real Madrid itu berhijrah ke Timur Tengah pada 2023 selepas menamatkan karier gemilang selama 14 tahun di Santiago Bernabeu.
Bagaimanapun, jodohnya bersama Al-Ittihad dikhabarkan bakal berakhir lebih awal dengan kontrak semasanya dijangka tamat pada Jun depan.
Prestasi Al-Ittihad musim ini dilihat kurang memberangsangkan apabila sekadar menghuni tangga keenam selepas 18 perlawanan.
Ketiadaan Benzema di bangku simpanan jelas dirasai pada aksi Khamis lalu apabila pasukannya bergelut sebelum mencatat keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh.
Pakar perpindahan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano menerusi saluran YouTube miliknya mendedahkan punca sebenar kemelut tersebut.
Beliau mengesahkan laporan akhbar Perancis, L'Equipe, bahawa Benzema kecewa dengan tawaran kontrak baharu yang disifatkan tidak masuk akal.
Ketidakpuasan hati itu mendorong Benzema memaklumkan kepada pihak pengurusan tertinggi kelab bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam perlawanan tersebut.
"Karim Benzema menerima cadangan kontrak baharu daripada Al-Ittihad yang jauh daripada jangkaannya. Benzema merasakan janji yang ditaburkan kelab sejak musim panas lalu berbeza dengan tawaran kontrak baharu ini," jelas Romano.
Butiran tawaran tersebut menyaksikan Al-Ittihad mencadangkan agar pemain berusia 38 tahun itu beraksi tanpa gaji, sebaliknya hanya menerima bayaran menerusi hak imej sahaja untuk kontrak lanjutan selepas Jun 2026.
"Cadangan kontrak yang diterima adalah untuk kekal di kelab selepas kontrak tamat Jun 2026. Namun, asasnya adalah bermain secara percuma tanpa wang tambahan, hanya bayaran hak imej segera.
"Benzema tidak akan menerima penyelesaian sebegini. Disebabkan itu, dalam tempoh 24 jam lalu beliau memaklumkan tidak mahu menjadi sebahagian daripada skuad untuk perlawanan ini," tambah Romano. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Karim Benzema
#Al-Ittihad
#Liga Pro Saudi
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan