Berpuasa bukan alasan untuk tidak melakukan aktiviti sihat kerana tidak boleh makan ataupun minum air.
Kajian Institut Sukan Negara (ISN) mendapati berkumur dengan air bergula atau kafeina boleh meningkatkan prestasi atau mengurangkan kelesuan.
"Salah satu yang terbaru ialah berkumuh dengan air mengandungi gula atau kafein dalam minuman tersebut, bukan minum tetapi berkumur sahaja pada waktu berlatih boleh meningkatkan prestasi atau mengurangkan kelesuan seseorang atlet semasa bertanding atau berlatih di bulan puasa" jelas pakar permakanan ISN, Mohd Izham Mohamad.
"Apa yang berlaku adalah ia akan meransang beberapa hormon dalam badan untuk menghasilkan tenaga dengan menggunakan konsep itu ia akan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan tenaga secara langsung ke badan kita untuk membantu atlet semasa berpuasa menjalankan latihan dan pertandingan," kata Mohd Izham.
Selain itu, ISN menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan atlet terus cergas dan bersedia untuk menghadapi latihan dan kejohanan sepanjang bulan puasa.
Pada bulan Ramadan, atlet kebangsaan biasanya berlatih pada awal pagi selepas bersahur, sebelah petang sebelum berbuka ataupun sebelah malam selepas berbuka.
Jurulatih perlu memaklumkan kepada pakar permakanan di ISN supaya dapat merancang permakanan untuk atlet terus kekal bertenaga.
Mohd Izham menasihatkan kepada atlet tentang pengambilan karbohidrat yang betul berdasarkan kelas indeks glisemia (GI) untuk memastikan tenaga berkekalan sepanjang hari.
"Bagi atlet yang menjalani latihan pada sebelah pagi, pengkhususan makanan lebih kepada karbohidrat untuk membekalkan tenaga. Ada dua jenis karbohidrat, tinggi GI dan rendah GI. Untuk membenarkan tenaga itu berterusan sepanjang hari adalah makanan yang sederhana GI.
"Makanan yang rendah GI akan menyerap ke dalam badan dan saluran darah dalam tubuh kita dengan kadar sederhana. Tenaga itu akan berpanjangan sepanjang masa berbanding dengan makanan GI yang tinggi yang membekalkan tenaga dengan kadar yang cepat," katanya lagi.
Walaupun pengambilan karbohidrat rendah GI amat penting, ISN turut menekankan kombinasi protein, lemak, sayur-sayuran, vitamin dan mineral bagi keperluan lain dalam badan.
Makanan yang rendah GI adalah seperti roti tepung gandum penuh dan juga nasi beras basmathi.
Tempoh bersahur yang sangat singkat juga memerlukan seseorang untuk mengamalkan permakanan yang bijak dan membahagikannya kepada beberapa peringkat.
"Peringkat pertama memerlukan kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat terlebih dahulu. Karbohidrat dan lemak protein merupakan satu kombinasi yang baik untuk permakanan yang bijak dan diakhiri dengan banyak minum air,"
Meminum air selepas pengambilan karbohidrat dan lemak protein amat penting untuk mengelak perut kembung sekaligus mengehadkan pengambilan makanan secara keseluruhan.
Kajian pada bulan puasa dahulu juga menunjukkan kebanyakan atlet lebih gemar minum air yang banyak semasa berbuka berbanding makanan.
Ini merupakan satu konsep yang salah kerana ia akan mengehadkan pengambilan makanan secara keseluruhan.
Bagi yang menjalani latihan sebelum berbuka puasa, makanan yang tinggi GI amat penting untuk menggantikan tenaga yang sudah digunakan.
Contoh makanan yang tinggi GI adalah buah kurma, jus buah-buahan dan minuman yang tinggi kadar gula untuk diserap dalam badan.
Bagi pemulihan pula, atlet perlukan kombinasi makanan tinggi GI, sederhana protein dan lemak yang rendah.
Cabaran sebenar atlet kebangsaan ialah menyertai kejohanan pada bulan Ramadan.
Prestasi atlet akan menurun namun apa yang menjadi tumpuan ISN ialah mengurangkan risiko kecederaan semasa bertanding.
Apa yang berlaku mereka berasa lesu dan bagi mengurangkan risiko kecederaan, strategi permakanan semasa bersahur dan berbuka amat penting.
Ian Johan Ariff
Wed Jul 01 2015
ISN: Berkumur air gula dan kafeina dapat tingkatkan prestasi atlet berpuasa. - Gambar Fail
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN
Suresh menjelaskan, ISN sebenarnya menyediakan grip baru tetapi dia memilih untuk tidak menggunakannya.
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni akan terima sokongan penuh - Hamidin
Pihak ISN juga akan menyediakan perkhidmatan dukungan penuh kepada atlet berusia 36 tahun itu yang berdepan dengan situasi sukar ini.
Olimpik Paris: ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni
ISN akan menggunakan khidmat Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang di Olimpik Paris nanti.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan 'bawah karpet' - ISN
ISN mempunyai peranan sebagai pihak yang beri kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam.
ISN wujudkan Klinik Kesihatan Wanita pertama untuk atlet
Institut Sukan Negara (ISN) mewujudkan Klinik Kesihatan Wanita yang pertama sebagai inisiatif menangani isu-isu kesihatan atlet wanita di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN.
Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.
Cuaca panas: ISN nasihat penggiat sukan, atlet ambil langkah pencegahan semasa aktiviti sukan
Penggiat sukan dinasihatkan mengambil langkah pencegahan semasa melakukan aktiviti luar bagi mengurangkan akibat cuaca panas terik.
30 atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan empat lagi atlet negara diketuai jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei layak ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.
COVID-19: Jaguh pecut Muhammad Haiqal kecewa terlepas aksi di Kazakhstan
Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tidak boleh beraksi pada Kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19-20 Jun ini.