Kerajaan teliti penyasaran semula subsidi ke atas barangan lain secara berperingkat

Lim Hui Ying berkata langkah itu bertujuan memastikan tidak ada ketirisan berlaku serta menjamin subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan penyasaran subsidi secara berperingkat ke atas barangan seperti gula, beras dan minyak masak, bagi memastikan bantuan hanya dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan, seperti pendekatan subsidi diesel dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
- Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menjelaskan bahawa keutamaan semasa kerajaan ialah memastikan kelancaran pelaksanaan subsidi bahan api sebagai asas kepada penyasaran subsidi yang lebih menyeluruh.
- Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib memaklumkan bahawa Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini mempunyai 30.4 juta profil individu dan isi rumah, dan telah digunakan oleh pelbagai agensi termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi penentuan dasar dan pelaksanaan subsidi bersasar.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berkenaan cadangan kerajaan untuk memperluas pelaksanaan subsidi kepada barangan lain seperti gula, minyak masak dan beras.
Sementara itu, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata berkata Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini mempunyai 30.4 juta profil individu dan isi rumah warga negara serta bermastautin tetap di Malaysia sejak dilancarkan pada Januari 2024.
Katanya sebanyak 17 permohonan telah diluluskan untuk penggunaan data PADU bagi pelbagai penentuan dasar dan program setakat 31 Okt, 2025.
"Antara contoh terkini adalah penggunaan data PADU sebagai rujukan untuk inisiatif BUDI95.
"Agensi lain yang telah diluluskan untuk menggunakan data PADU ialah Kementerian Kerja Raya, Jabatan Digital Negara, Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan lain-lain," katanya.
Beliau menjawab soalan lisan daripada Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) tentang kajian keberkesanan sistem PADU dalam pelaksanaan subsidi bersasar sebelum dimulakan secara meluas.
Soalan itu turut merangkumi jumlah penerima yang telah disemak semula serta langkah mitigasi untuk mengelakkan keciciran golongan B40 dan M40 yang terjadi secara sistemik mahupun secara teknikal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


