Bukan sekadar bersuka-suka.
Buat peserta Larian Amal Chardikala, mereka sanggup meredah hujan sekadar untuk melihat sendiri ‘peserta istimewa’, Fauja Singh yang turut serta dalam larian sejauh 5 kilometer yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya, pada Ahad.
Larian turut menarik minat lebih 1,000 peserta termasuk peserta antarabangsa daripada Kenya, Jepun, India dan Malaysia. Turut hadir Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi.
Fauja yang berusia 101 tahun,berasal daripada United Kingdom dan baru tiba daripada Singapura selepas menyertai larian 10km Standard Chartered.
“Berlari adalah penawar buat saya. Saya perlu terus berlari” kata Fauja.
“Saya gembira untuk turut serta dan mengharapkan lebih ramai akan berlari. Golongan muda seharusnya bersukan kerana aktiviti ini adalah sihat dan bagi mengelak daripada terjebak ke kancah dadah atau perkara lain yang tidak elok.”
Fauja sebelum ini mendapat perhatian dunia olahraga apabila mencatatkan masa yang baik ketika mula berlari sekitar 80an.
Dia kemudiaannya membuat penampilan di London Flora Marathon pada tahun 2000. Sejak itu tidak berpaling lagi dengan menyertai banyak acara marathon di dunia termasuk New York Marathon (2003), Toronto Waterfront Marathon (2003, 2004 and 2011) dan Larian Hong Kong 10km.
Catatan terbaik yang pernah direkodkan beliau adalah di Marathon Toronto dengan masa 8 jam 25 minit untuk muncul juara kategori usia 90 tahun ke atas.
Dia juga pernah membawa obor olimpik untuk dua acara iaitu Olimpik 2004 di Athens dan Olimpik 2012 di London.
“Saya bangga kerana bukan sahaja dapat membawa obor tetapi dianggap satu pengiktirafan kepada masyarakat Sikh, bahawa salah seorang daripada kami dari luar India dapat menjadi wakil untuk membawa obor.” tambah beliau.
Fauja merupakan seorang petani tetapi telah berhijrah ke United Kingdom selepas isteri dan anak lelakinya meninggal dunia. Dia mula berlari bagi menghilangkan rasa sugul ekoran kehilangan mereka yang disayangi dan menjadikannya sebagai satu motivasi untuk terus berlari.
Hari ini dia menghabiskan masa lebih 4 jam sehari untuk berlari, dan setiap lapan hari dia akan mempertingkatkan larian.
“Saya bangun pada pukul 8 pagi dan mengambil sarapan capati, kacang dal dan dadih. Makanan di United Kingdom kebanyakkannya berlemak, jadi saya cuba mengelaknya,” tambahnya.
“Saya gembira dan amat bersyukur dengan kehidupan ini dan akan terus berlari selagi termampu.
Nasihat beliau kepada mereka yang ingin berlari pada lewat usia;
“Lihat sahaja saya, jika saya boleh lakukan...anda juga boleh.”
Haresh Deol
Mon Dec 03 2012


AWANI Ringkas: Darurat | Tindakan Ahli Parlimen bukan derhaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!
Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri itu yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.

MAA | Jualan kenderaan merosot 12.4 peratus pada 2020
Di sebalik cabaran dalam sektor ekonomi, industri automotif menunjukkan jualan kenderaan yang memberansangkan susulan pelaksanaan pakej ekonomi yang diumum kerajaan.

PKP 2.0 | APMM perhebat rondaan perairan negara
Usaha mencegah penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac lalu tidak hanya tertumpu di daratan. Malah, penguatkuasaan yang sama juga turut dilakukan di perairan negara. Selain bagi memastikan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, ia juga dapat memastikan hasil laut negara tidak dicuri oleh nelayan asing yang menceroboh. Laporan lanjut bersama wakil Astro AWANI Terengganu Nur Fazlizai Ali yang mengikut operasi bersama pasukan Maritim Terengganu.

PKP 2.0 | Islamic Relief Malaysia komited salur bantuan
Islamic Relief Malaysia (IRM) yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam menyalurkan bantuan kecemasan dan kemanusiaan terus komited membantu golongan yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi mendapatkan perkembangan lanjut, bersama Astro AWANI ketika ini menerusi Google Meet, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

Misi MDEC bawa bakat luar biasa untuk perkasa ekonomi digital
MDEC yakin struktur kepemimpinan baharu akan meningkatkan capaian dan membolehkan visi teknologi 4IR dicapai.

PdPR perlu diperkasa, AMK gesa wujud 'task force' rentas parti
Akmal berkata, jawatankuasa itu perlu melibatkan ahli Parlimen pembangkang dan pihak-pihak berkepentingan kumpulan masyarakat sivil.

Mahkamah | Warga Indonesia dituduh bunuh cucu saudara
Kejadian dipercayai berlaku antara 28 Disember pada pukul 12.01 pagi hingga 30 Disember pada pukul 81.0 malam

Pukul Pelanggan | Datuk dan rakan mengaku bersalah
Lelaki bergelar Datuk dan rakannya yang memukul seorang pelanggan di sebuah restoran pada 13 Januari lepas, mengaku bersalah bagi dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan mudarat awam di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Tertuduh Tan Wai Kan, dan rakannya, Ang Mow Loong didakwa bersama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 290 kerana melakukan mudarat awam.

Malaysia Komited | Bantu ASEAN wujudkan ekosistem data selamat
Malaysia komited memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat untuk mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN, menerusi inisiatif di bawah kerangka tadbir urus data digital ASEAN. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, malaysia juga memberi komitmen untuk mempromosikan program pensijilan keselamatan siber profesional dalam membantu mewujudkan keselamatan siber bertaraf dunia.

Wanita 101 tahun penerima pertama vaksin COVID-19 di Jerman
Ia susulan program imunisasi yang dilancarkan hanya beberapa jam selepas negera itu menerima penghantaran bekalan vaksin buatan syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech.

Berlari adalah penawar buat lelaki 101 tahun
Buat peserta Larian Amal Chardikala, mereka sanggup meredah hujan sekadar untuk melihat sendiri peserta istimewa, Fauja Singh yang turut serta dalam larian sejauh 5 kilometer.