awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersyukur trofi Piala FA kekal di Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2013
05:20 MYT
Bersyukur trofi Piala FA kekal di Kelantan
Kapten Kelantan, Badhri Radzi bersyukur trofi kejuaraan Piala FA terus kekal di Kota Bharu buat semusim lagi.
Dia memuji semangat juang rakan sepasukan bagi memastikan kemenangan dilakar ke atas kelab sensasi selatan, Johor Darul Takzim.
Ujar Badhri lagi, pengalaman barisan pemain The Red Warriors beraksi di pentas final sebelum ini menjadi pemisah kejayaan pasukannya.
“Mungkin ada juga lah, kita tahu Johor bukan calang-calang pasukan lah. So kita tahu Johor ada Matyo, Nunez, Awe so alhamdulillah kita menjuarai untuk sekali lagi untuk Piala FA.” jelas Badri.
Aksi tenang yang dipamerkan Piya menyaksikan dia dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Malah dia menjadi perancang utama kepada gol kemenangan Kelantan yang dijaringkan Norfarhan Mohamad.
Buat Farhan pula, kejayaan kali ini menebus kehampaannya yang tidak beraksi pada pentas final yang sama tahun lalu.
“Perasaan saya cukup-cukup gembira bermain pada final kali ini dan menjaringkan gol dan semua pemain Kelantan pada malam ini adalah wira so kami dapat mengekalkan piala untuk kali ini, itu adalah lebih bermakna lah untuk pasukan kami.” tambah Norfarhan.
Kejayaan mengekalkan trofi Piala FA ini pastinya menjadi tonik terbaik buat skuad The Red Warriors untuk satu lagi cabaran, iaitu saingan Piala Malaysia.
Topic Berkaitan
#Johor Darul Takzim
#piala FA< kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan