MAN CITY 3 ASTON VILLA 1
Rodri berkata Manchester City menggunakan prestasi di atas padang untuk 'bersuara' apabila mengharungi minggu yang menggemparkan dengan menewaskan Aston Villa.
City merakamkan kemenangan 3-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi -- di mana ejekan terhadap penganjur, Premier League, bergema sebelum sepak mula -- untuk mereka merapatkan defisit tiga mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, menjelang pertembungan getir di utara London, awal pagi Khamis ini.
Rodri membuka jaringan seawal minit keempat sebelum Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez meletakkan City mendahului 3-0 sebelum rehat.
Ollie Watkins kemudian merapatkan jurang buat Villa dalam penampilan ke-100 peribadinya bersama kelab itu dan walaupun percubaan Jhon Duran sempat menggegar palang di penghujung perlawanan, kedudukan City sudah cukup selesa.
Ia secara tidak langsung mencerminkan tumpuan pemain tetap di atas padang selepas juara bertahan itu berdepan tuduhan lebih 100 dakwaan melanggar peraturan kewangan di antara 2009 dan 2018.
"Kami hanya bercakap tentang bola sepak jadi kami bercakap di atas padang," katanya kepada BBC Sport apabila ditanya mengenai kekecohan di luar padang yang membelenggu City ketika ini.
"Apa yang berlaku di luar padang bukan urusan kami."
Astro Arena
Mon Feb 13 2023

Rodri meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Aston Villa di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 12 Feb 2023. REUTERS

Potensi pelaburan RM23 bilion bukti keyakinan firma Jepun terhadap Malaysia
Potensi pelaburan bernilai RM23.07 bilion yang diraih dalam misi perdagangan dan pelaburan (TIM) ke Jepun baru-baru ini, membuktikan keyakinan syarikat global terhadap ekosistem perniagaan Malaysia.

Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.

JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih
JDT mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town.

Penyediaan makanan bernutrisi di prasekolah perlu diberi penekanan - Dr Nik Raihan
Penyediaan makanan bernutrisi di peringkat pra sekolah perlu diberi penekanan sebagai persediaan sebelum kanak-kanak mengikuti pembelajaran di peringkat rendah.

1,225 individu ditahan curi kenderaan, rampasan lebih RM20 juta
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas 2023 yang bermula Januari hingga April lepas.

Pekebun buah-buahan perlu berani lakukan transformasi
Pengusaha kebun buah-buahan di Melaka khususnya di Klebang perlu berani mentransformasikan kaedah pengurusan kebun mereka agar dapat memperoleh hasil pengeluaran yang lebih tinggi.

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Juara EPL itu sebelum ini kelihatan mengalami masalah kecederaan pemain menjelang penentuan gelaran di Stadium Wembley berkenaan.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag - Fernandes
Ten Hag kini berpeluang untuk menamatkan kempen dengan nota positif seandainya dapat memenangi piala domestik kedua.

Piala FA: Manchester United bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa'
Mereka bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa' menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA.

Erik ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Erik ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford bahawa Manchester United mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi Piala FA dan memusnahkan usaha Manchester City.

Carta Disiplin Liga Perdana Inggeris Musim 2022/23: Pasukan Paling 'Kotor'
Chelsea menjadi tumpuan dengan menduduki tempat kelima dalam pasukan 'terkotor' ini dengan 77 kad kuning dan tiga kad merah.

Erik ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Pemain diberi sambutan yang hebat sejurus wisel penamat dengan De Gea menerima Anugerah Sarung Tangan Emas.

Pep Guardiola akui pemain Man City terlalu banyak minum alkohol ketika rai kejuaraan
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mendakwa juara Liga Perdana Inggeris itu yang baru dinobat 'terlalu banyak minum alkohol di Manchester' sebelum memperoleh keputusan seri 1-1 di Brighton.

Mikel Arteta mohon maaf Arsenal gagal muncul juara EPL
Tiada pasukan lain yang menghabiskan lebih banyak masa di puncak liga dan gagal merangkul kejuaraan, menyebabkan Arteta cukup kecewa.

Manchester City julang EPL susulan Arsenal tewas di Nottingham Forest
The Gunners perlu menang untuk menangguhkan sambutan kejuaraan City menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Chelsea malam ini.

UCL: Manchester City pamer kelas tersendiri belasah Real Madrid untuk ke final
Eder Militao terjaring gol ke gawang sendiri sebelum Julian Alvarez menambah satu lagi jaringan pada lewat permainan.