awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang B-20 England taruhan Burnley

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2023
02:50 MYT
Bintang B-20 England taruhan Burnley
Ramsey menandatangani kontrak lima tahun bersama The Clarets, namun kedua-dua kelab tidak mendedahkan butiran kewangannya. - Foto Sinar Harian
BURNLEY telah menandatangani pemain tengah, Aaron Ramsey dari Aston Villa, kata kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Rabu.
Pemain England bawah 20 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama The Clarets, namun butiran kewangan tidak didedahkan kedua-dua kelab.
Bagaimanapun media Britain melaporkan Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain yang dibentuk dari Akademi Aston Villa.
"Saya benar-benar teruja kerana sudah lama menunggu untuk menjadi pemain Burnley dan sangat gembira semuanya dilakukan secara rasmi sekarang.
"Saya tidak sabar untuk memulakan hari baharu di Turf Moor setelah tidak dapat menghapuskan senyuman dari wajah saya," kata Ramsey di laman web kelab.
Ramsey, adalah pemain tetap untuk skuad Bawah 21 tahun Villa, menyaksikan dia merangkul Piala Belia FA pada 2021.
Dia menghabiskan kempen 2022-23 secara pinjaman dengan Norwich City dan Middlesbrough dalam Liga Kejuaraan juga pernah bersama Cheltenham Town.
Ramsey memperoleh lebih daripada 30 caps bersama skuad remaja England, memenangi Kejohanan Eropah Bawah 19 tahun pada 2022.
Burnley kini berada dikedudukan 18 dalam kalangan 20 pasukan selepas mengharungi satu perlawanan ketika tewas 0-3 menentang juara Manchester City di Turf Moor pada 12 Ogos lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aaron Ramsey
#kontrak
#Burnley
#Aston Villa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan