BIRMINGHAM: Penerjun negara, Jellson Jabillin mengakui mengambil risiko besar dengan mengabaikan kecederaan koyak patelar tendon di lutut kiri untuk beraksi acara akhir platform 10 meter (m) seirama lelaki di Sukan Komanwel 2022 Birmingham, di sini, pada Jumaat.
Katanya, dia berpuas hari dengan persembahannya walaupun menduduki tempat kelima berganding dengan Hanis Jaya Surya untuk mengumpul markah keseluruhan 365.64 mata.
Malah, dia percaya boleh beraksi dengan lebih baik bersama Hanis sekiranya bebas daripada kecederaan.
"Patelar tendon lutut sebelah kiri saya koyak seminggu sebelum berlepas ke Sukan Komanwel...kecederaan ini paling teruk saya pernah alami, sebelum ini sakit lutut biasa sahaja.
"Doktor juga memaklumkan supaya jangan berusaha keterlaluan kerana amat berbahaya dan boleh koyak sepenuhnya...seterusnya ambil masa lama untuk pulih.
"Namun Sukan Komanwel merupakan temasya sukan terbesar, saya dah berlatih dengan gigih...tak akan nak biarkan begitu sahaja," katanya kepada Bernama di sini.
Walaupun tidak cergas, Jellson berazam untuk menampilkan persembahan lebih konsisten apabila bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong pada acara 10m platform seirama campuran, Isnin ini (8 Ogos).
Walaupun kecewa dengan keadaan tersebut, Hanis berharap dapat menebus persembahan kurang menyerlah itu dalam acara 10m platform individu lelaki, Ahad ini (7 Ogos).
Jellson merasakan kegagalan menampilkan aksi dengan bakik pada terjunan ketiga dan keempat menyebabkan mereka kehilangan kedudukan yang lebih baik dalam saingan akhir itu.
"Persembahan kami agak mengecewakan khususnya kurang keyakinan ketika melakukan terjunan ketiga dan keempat.
"Saya tahu sukar untuk berada dalam kalangan pemenang pingat pada acara seterusnya tetapi berharap dapat berada dalam kelompok lima penerjun terbaik," katanya.
Gandingan England, Matthew Lee-Noah Oliver Williams memenangi acara berkenaan dengan mengumpul kutipan 429.78 mata diikuti wakil Kanada, Rylan Mackenzie Wiens-Nathan Milner (413.85 mata) dan pingat gangsa menjadi milik gandingan Australia, Domonic Bedggood-Cassiel Rousseau (412.56 mata).
Sementara itu, penerjun negara, Kimberly Bong (225.00 mata) dan Ong Ker Ying (206.80 mata)a muncul dua terakhir dan tercorot masing-masing dalam kalangan 12 penerjun dalam acara 1m papan anjal individu.
Penerjun Kanada,Mia Vallee menang pingat emas dengan 291.85 mata diikuti wakil Australia,Mae O'Brien (279.60 mata) dan gangsa oleh penerjun England, Amy Elisabeth Rollinson (272.00 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Aksi atlet terjun negara, Jellson Jabillin bersama gandingannya Hanis Nazirul Jaya Surya (kanan) dalam acara 10 meter platform seirama lelaki. - Foto BERNAMA
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.