Skuad bola jaring negara terus mempamerkan aksi cemerlang selepas menewaskan Brunei dengan kemenangan bergaya 64-27 dalam hari kedua pusingan awal Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, hari ini.
Dalam aksi pembukaan semalam, skuad negara bimbingan jurulatih dari Australia, Tracey Robinson menewaskan Thailand dengan perbezaan 43 mata.
Menampilkan aksi tangkas dan bertenaga, skuad negara kental mempertahankan benteng gol daripada dibolosi pasukan Brunei.
Bermula dengan langkah bergaya, skuad negara diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali mendahului Brunei 18-9 pada suku pertama permainan.
Saingan sengit diteruskan dalam suku kedua, apabila kedua-dua pasukan berentap mengutip mata sebelum Malaysia memperkemaskan permainan dan mendahului 29-15.
Selepas tamat waktu rehat, pasukan negara kembali beraksi menambah 18 mata pada suku ketiga diikuti 17 mata pada suku terakhir.
Turut memberi sokongan padu kepada skuad negara ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mengulas kejayaan itu, Robinson memuji semangat kerjasama dan keserasian antara pemain membolehkan skuad negara mampu menampilkan persembahan yang baik.
"Anda perlu memiliki lebih daripada satu strategi untuk menunjukkan kemampuan sebenar pemain," katanya.
Sementara itu, Norashikin Kamal Zaman, selaku penyerang pasukan, menyifatkan perlawanan menentang Brunei agak sukar malah jurulatih mereka seringkali mengingatkan agar tidak memandang rendah kepada kemampuan pasukan lawan.
Ditanya mengenai persediaan bertemu juara bertahan Singapura esok, Norashikin berkata pasukan negara itu akan bermain mengikut strategi yang telah dirancang selama ini.
"Kami perlukan sokongan semua rakyat Malaysia sebagai pendorong untuk kami berhadapan dengan pasukan Singapura yang kami jangkakan permainan yang agak sukar," katanya.
Malaysia, yang memburu pingat emas di laman sendiri selepas dikecewakan Singapura 46-43 pada final edisi lepas di Singapura pada 2015, akan menentang musuh tradisi itu pada jam 5.15 petang esok, sebelum melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Filipina, Khamis ini.
Terdahulu, Thailand tampil memberikan persembahan defensif yang cemerlang untuk menewaskan Filipina dengan mata kemenangan selesa 86-16.
Perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada Jumaat ini dan final pada hari berikutnya.
Lima negara menyertai acara bola jaring pada edisi ke-29 temasya dwitahunan kali ini iaitu Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2017
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meraikan kejayaan atlet bola jaring negara selepas menewaskan Brunei pada perlawanan awal acara bola jaring Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara Bukit Kiara hari ini. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian
Impian Malaysia untuk layak ke Piala Dunia tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia.
Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.
Sukan SEA: Bola jaring Malaysia benam tuan rumah 88-25
Pemain negara menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka sebagai juara bertahan, dengan menang dengan jurang mata yang besar.
Bola jaring: Malaysia bangkit raih tempat ketiga terbaik Asia
Hong Kong mendahului 17-13 pada suku pertama, 25-24 (suku kedua), 36-35 (suku ketiga) sebelum skuad negara menguasai aksi suku terakhir.
An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.
Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.
KL2017: Kemarau emas bola jaring 16 tahun berakhir
Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.
KL2017: Bola jaring Malaysia ke final, tumpaskan Brunei
Ketangkasan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditandingi oleh Brunei yang ketinggalan 21 mata di suku masa pertama sebelum cuba memberikan sedikit tentangan pada suku kedua.
Bola Jaring: Malaysia tiada masalah ke final
Menepati ramalan ramai, skuad negara yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali tidak berdepan sebarang masalah untuk memenangi suku pertama 25-4 sebelum menamatkan suku kedua 39-12.
Bola jaring negara sekali lagi lakar kemenangan bergaya
Menampilkan aksi tangkas dan bertenaga, skuad negara kental mempertahankan benteng gol daripada dibolosi pasukan Brunei.