KUALA LUMPUR: Pemain Kuala Lumpur (KL) City FC bakal menerima bonus khas sekiranya berjaya menjulang Piala Malaysia 2021 apabila bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Abd Samad berkata insentif itu akan diberi sebagai penghargaan buat pemain jika skuad 'The City Boys' mampu menamatkan kemarau 32 tahun, selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia pada 1989.
"Kita memang telah menjanjikan bonus kepada semua pemain, (dan) bonus khas kalau kita mencapai kemenangan menjadi juara Piala Malaysia bagi ulang tahun yang ke-100 ini. Itu sememangnya satu pencapaian yang mengatasi segala harapan kita sebelum ini.
"Maka dengan hadiah kejuaraan ini, saya yakin pihak penaja kita juga akan tambah nilai itu kepada pemain sekiranya kita menjadi juara," katanya bahawa jumlah insentif itu masih belum ditentukan, pada sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hari ini.
Menurutnya, meskipun pasukan itu hanya berbekalkan dana yang rendah, komitmen para pemain, pihak penaja serta pengurusan telah menjadi pembakar semangat untuk menunjukkan prestasi cemerlang pada kejuaraan kali ini sehingga berjaya mara ke pentas akhir Piala Malaysia.
Mengulas lanjut, Khalid yakin skuad kendalian Bojan Hodak tidak gerun dan akan menampilkan prestasi 110 peratus dalam perlawanan akhir menentang juara bertahan, JDT, yang turun selaku pasukan pilihan.
Beliau berkata sebagai pasukan 'underdog', mereka akan berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat dalam usaha menambat kembali hati penyokongnya, setelah 32 tahun tanpa pencapaian yang membanggakan.
"Walaupun kita akan berdepan JDT, pasukan yang digelar sebagai the 'Dream Team of Malaysian Football', Insya-Allah KL City mampu melakukan kejutan kerana kami jauh lebih dahagakan kemenangan ini," katanya.
Pasukan ibu kota itu pernah muncul juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut bermula 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Khalid berkata, insentif itu akan diberi sebagai penghargaan buat pemain jika skuad 'The City Boys' mampu menamatkan kemarau 32 tahun. - Gambar/ Facebook Kuala Lumpur City FC
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.