SERBIA 0 BRAZIL 2
Brazil mengelak daripada menerima nasib seburuk Jerman apabila berjaya menundukkan Serbia 2-0 untuk menjuarai tangga Kumpulan E sekaligus mara pusingan 16 terakhir.
Paulinho meletakkan Seleçao di depan pada minit ke-36 dengan larian untuk menyambut hantaran Philippe Coutinho sebelum melambung bola menewaskan penjaga gol Vladimir Stojkovic.
Namun permainan kurang kemas anak buah Tite hampir menghukum mereka tatkala Serbia menguasai dan terus menerus melancarkan serangan sepanjang 15 minit awal babak kedua bagi mencari gol penyamaan.
Aleksandar Mitrovic mensia-siakan beberapa peluang di hadapan gol, gagal menguji dan memperdaya penjaga gol Brazil, Alisson.
Akhirnya pertahanan Paris Saint-Germain, Thiago Silva mengesahkan penguasaan Brazil di Stadium Spartak dengan melepasi kawalan pertahanan Serbia dan menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-68 untuk gol kedua pasukannya.
Brazil kemudian kembali mendapatkan rentaknya dan hampir menambah luka Serbia dengan beberapa percubaan berbahaya, namun gagal menemui sasaran.
Serbia cuba mengharapkan VAR menyebelahi mereka apabila Mitrovic didakwa ditolak pertahanan Brazil, Miranda ketika satu sepakan sudut lewat permainan, tetapi tidak diterima pengadil perlawanan, Alireza Faghani.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan, meranapkan harapan Serbia untuk melakar sejarah melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama.
Sementara juara dunia lima kali akan meneruskan cabaran ke Samara untuk bertemu Mexico pada 2 Julai jam 10 malam.
Israr Khalid
Wed Jun 27 2018

Pemain Brazil, Paulinho dan Neymar meraikan jaringan gol pertama pasukan itu pada perlawanan Kumpulan E menentang Serbia di Stadium Spartak, Moscow, Russia, 27 Jun, 2018. REUTERS

Perdana Menteri tiba di Madinah untuk ziarah
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz itu disambut oleh Timbalan Gabenor Madinah, Putera Saud bin Khalid Al Faisal.

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan ditunda
CONMEBOL mencapai kesepakatan dengan FIFA dan persatuan kebangsaan bagi persetujuan membincangkan tarikh baru kempen tersebut.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

Legenda bola sepak Pele terima suntikan pertama vaksin COVID-19
Pemain bola sepak terkenal berusia 80 tahun itu berkongsi perkara tersebut di saluran media sosialnya.

FAM sahkan status De Paula sebagai pemain tempatan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan status penyerang Perak FC, Guilherme De Paula sebagai pemain tempatan.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

COVID-19: Kes positif global hampir 112 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 28,248,745 kes, diikuti India dengan 11,016,434 dan Brazil 10,195,160.

Vaksin COVID-19: Rasuah jadi punca 'potong barisan' di Brazil
Anggota keluarga dari kalangan ahli perniagaan tempatan telah dilantik sebagai petugas klinik kesihatan supaya mereka layak untuk divaksinasi lebih awal.

COVID-19: Angka korban global kini melepasi 2.44 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 28 juta kes.