SUKAN
Brazil tewas mengejut kepada Bolivia, layak ke Piala Dunia dengan rekod terburuk

Dengan kekalahan itu, Brazil menamatkan kempen kelayakan berkenaan dengan 28 mata daripada 18 perlawanan. - Stadium Astro
BRAZIL tewas mengejut kepada Bolivia dalam aksi terakhir pusingan kelayakan Piala Dunia Zon CONMEBOl di Municipal Stadium El Alto sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Brazil tewas 0-1 kepada Bolivia di El Alto dalam aksi terakhir kelayakan Piala Dunia CONMEBOL, gol tunggal dijaringkan Miguel Terceros melalui penalti selepas semakan VAR.
- Faktor altitud 4,150m menyebabkan Brazil bergelut dengan stamina dan permainan tidak teratur sepanjang perlawanan.
- Rekod terburuk Brazil dalam sejarah kelayakan, menamatkan kempen dengan hanya 28 mata (8 menang, 4 seri, 6 kalah), kurang daripada 30 mata buat kali pertama.
Dengan kekalahan itu, Brazil menamatkan kempen kelayakan berkenaan dengan 28 mata daripada 18 perlawanan melibatkan lapan kemenangan, empat keputusan seri dan enam kekalahan.
Ia merupakan kali pertama pasukan itu menamatkan kempen dengan kurang daripada 30 mata, sekali gus menjadi rekod terburuk mengatasi edisi 2022. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami