awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Broja lanjut kontrak lima tahun di Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
19/07/2021
22:00 MYT
Broja lanjut kontrak lima tahun di Chelsea
Broja lanjut kontrak lima tahun di Chelsea. -Twitter @ChelseaFCBlogs
ARMANDO Broja menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang di Chelsea yang akan mengikatnya bersama juara Eropah itu sehingga 2026.
Penyerang Albania itu, yang akan berusia 20 tahun pada September depan, tiba daripada akademi pembangunan Chelsea dan melakukan penampilan pertamanya dalam skuad utama sebagai pemain gantian ketika menentang Everton pada Mac 2020.
Dia menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Vitesse Arnhem, menjaringkan 11 gol daripada 34 penampilan bersama kelab Eredivisie itu.
Perpindahan Olivier Giroud ke AC Milan, yang dilengkapkan Sabtu lalu, dan spekulasi bahawa Tammy Abraham akan turut meninggalkan Stamford Bridge telah menyaksikan Broja mungkin akan memainkan peranan penting dalam skuad kendalian Thomas Tuchel itu menjelang musim 2021-22.
"Saya benar-benar amat teruja untuk menandatangani kontrak baru dengan Chelsea. Selepas hadir daripada akademi di sini, ia merupakan saat istimewa yang menangangkat saya ke pasukan utama tahun lalu sebelum menimba lebih pengalaman dengan dipinjamkan ke Vitesse musim lalu," katanya dalam laman web rasmi Chelsea.
"Saya mahu berkembang daripada asas ini dan saya tidak sabar untuk meningkat dan mencipta impak buat Chelsea bagi tahun-tahun mendatang," katanya.
Chelsea akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim depan dengan menentang Crystal Palace pada 14 Ogos ini, tiga hari menjelang pertembungan Piala Super UEFA dengan Villarreal di Belfast.
Topic Berkaitan
#Armando Broja
#Chelsea
#Penyerang Albania
#Vitesse Arnhem
#Eredivisie
#Olivier Giroud
#Liga Perdana Inggeris
#Tammy Abraham
#Thomas Tuchel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan