KEGAGALAN Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan menyaksikan Manchester United tewas kepada Aston Villa 1-0 di laman sendiri.

Satu mata cukup menyaksikan United kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Chelsea mengalami kekalahan kepada Manchester City, namun mereka kelihatan tidak memiliki keazaman yang diperlukan dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.

Selepas meledak gol sulung perlawanan pada minit ke-88, Kortney Hause kelihatan bertukar wira menjadi dalang berikutan Edinson Cavani yang melakukan tandukan terkena tangan pemain kelahiran England itu.

Bagaimanapun, segalanya serba tidak menjadi buat United sepanjang perlawanan, selepas deretan peluang demi peluang menyaksikan mereka dikecewakan jentera pertahanan pelawat, Fernandes yang segera mendapatkan bola berbanding Cristiano Ronaldo, melambung bola melepasi palang gol sekali gus membuatkan United -- yang sudah kehilangan khidmat Harry Maguire dan Luke Shaw ekoran kecederaan -- kekalahan aksi liga pertama musim ini.