awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 16 tahun permata baharu Liverpool

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2025
02:00 MYT
Budak 16 tahun permata baharu Liverpool
Rio Ngumoha kelihatan memakai lilitan di lengan sebagai mengenang pemain Liverpool Diogo Jota ketika perlawanan persahabatan antara Preston North End dan Liverpool di Deepdale, Preston, Britain, 13 Julai 2025. - Gambar fail/REUTERS
PEMAIN muda Liverpool, Rio Ngumoha terus mempamerkan aksi cemerlang dalam pramusim apabila membuka tirai jaringan hanya dua minit selepas melakukan penampilan sulung di Anfield, awal pagi Isnin.
Pemain berusia 16 tahun itu semakin mencuri tumpuan dalam kempen pramusim The Reds, selepas turut meledak jaringan solo ketika menentang Yokohama Marinos dalam siri jelajah Asia minggu lalu.
Pada aksi pertama daripada dua perlawanan menentang Athletic Club, Ngumoha sekali lagi menunjukkan kematangannya apabila melakukan larian dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan kaki kanan yang melencong masuk ke penjuru bawah gawang.
Gol tersebut mencetuskan reaksi pantas dalam kalangan penyokong Liverpool yang memuji bakat muda itu dan menggesa agar dia diberikan peluang bersama skuad utama musim ini.
“Rio Ngumoha wajar berada dalam skuad utama untuk musim ini, sekurang-kurangnya dalam aksi piala domestik.
“Dia memiliki kematangan luar biasa dan telah membuktikan mampu memberi impak apabila diberi peluang,” katanya.
Seorang lagi penyokong menulis: “Bakat besar, tetapi perlu diurus dengan bijak untuk masa depannya,"katanya.
Hanya tiga minit selepas jaringan pembukaan, Ngumoha terus memberi impak apabila mencipta bantuan gol untuk Darwin Nunez menjaringkan gol kedua Liverpool.
Ngumoha menanduk hantaran lintang kepada penyerang Uruguay itu, yang kemudiannya bijak menewaskan penjaga gol lawan untuk meletakkan skuad kendalian Arne Slot di depan 2-0.
Sebelum ini, Slot turut memuji sumbangan pemain muda itu dalam beberapa perlawanan pramusim menentang AC Milan dan Yokohama Marinos.
“Jika anda baru berusia 16 tahun dan mampu memberi impak seperti Rio, dia memang layak mendapat pujian,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Rio Ngumoha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan