awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kurangkan gula, amalkan pemakanan sihat - PM Anwar
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
Dynamic Island pada iPhone generasi baharu dijangka tampil lebih kecil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bundesliga: Penyokong Dortmund dibenarkan ke stadium saksi perlawanan pembukaan

Astro Arena
Astro Arena
16/09/2020
03:17 MYT
Bundesliga: Penyokong Dortmund dibenarkan ke stadium saksi perlawanan pembukaan
Orang ramai dibenarkan hadir menyaksikan pertembungan antara Borussia Dortmund dan Gladbach di Signal Iduna Park, di mana hanya penduduk Dortmund atau North Rhine-Westphalia sahaja yang akan diberi akses. - Foto Astro ARENA
PERLAWANAN pembukaan Borussia Dortmund di laman Borussia Monchengladbach musim ini akan diadakan di hadapan sekitar 10,000 penyokong.
Kelab Bundesliga itu dilaporkan telah menerima lampu hijau bagi membenarkan penyokong kembali ke stadium untuk permulaan musim 2020-21 di Jerman di sebalik ancaman COVID-19.
Kempen musim lalu disambung semula pada Jun di gelanggang tertutup ekoran penularan pandemik itu yang memaksa liga ditunda sejak Mac.
Namun, dengan musim baru Bundesliga yang bermula awal pagi Sabtu ini, ia dijadikan sebagai penanda aras -- bagi meluluskan hasrat untuk memenuhi 20 peratus kapasiti stadium sementara syarat kebersihan yang ketat akan dikenakan manakala alkohol turut dilarang.
Peminat yang jauh tidak akan dibenarkan hadir selain perlawanan kembali diadakan secara tertutup sekiranya kadar jangkitan di bandar venue perlawanan terlalu tinggi dalam jangka tempoh tujuh hari.
Saturday's home match against Borussia Mönchengladbach is set to be played in front of around 10,000 spectators! pic.twitter.com/frpQnb3eIJ
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) September 15, 2020
Semalam, Dortmund mengumumkan bahawa orang ramai dibenarkan hadir untuk menyaksikan pertembungan dengan Gladbach di Signal Iduna Park, di mana hanya penduduk Dortmund atau North Rhine-Westphalia sahaja yang akan diberi akses.
"Pasukan Bundesliga, kelab serta persatuan sukan yang lain pasti sangat gembira (dengan perkembangan) hari ini, lebih-lebih lagi kami di BVB," kata ketua eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke dalam satu kenyataan.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua ahli politik yang menyumbang kepada keputusan hari ini dalam beberapa minggu terakhir.
"Pada masa yang sama, saya berasakan adalah menjadi satu kewajiban besar buat kami sebagai kelab, bersama dengan peminat yang terlibat, untuk memikul langkah percubaan ini dengan penuh bertanggungjawab dalam minggu-minggu mendatang.
"Persetujuan membenarkan semula kehadiran semula penonton adalah langkah yang sangat penting buat semua peminat bola sepak di Jerman. "
Musim lalu, Dortmund menduduki tempat kedua di belakang seteru ketat, Bayern Munich, sementara Gladbach meraih empat kelompok teratas untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Topic Berkaitan
#alkohol
#Borussia Dortmund
#Bundesliga
#COVID-19
#jangkitan
#lampu hijau
#peminat
#penonton
#perlawanan
#venue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan