KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan perubahan besar pada baki kejohanan dalam kalendar 2021, namun status dua kejohanan yang sepatutnya berlangsung di Malaysia masih 'ditangguhkan'.
Menurut kenyataan BWF hari ini, Masters Malaysia iaitu kejohanan bertaraf Super 500 dalam kalendar Jelajah BWF; Terbuka Malaysia (Super 750) dan Masters Korea Selatan (Super 300), masih dikategorikan sebagai ditangguhkan kerana negara tuan rumah sedang mencari pilihan bagi menganjurkan kejohanan berkenaan.
Antara perubahan ketara adalah penganjuran Piala Sudirman 2021 dan Jelajah Dunia Akhir BWF 2021 yang dipindahkan daripada China berikutan sekatan akibat COVID-19.
BWF meminda tarikh Piala Sudirman kepada tarikh baharu iaitu berlangsung pada 26 Sept hingga 3 Okt di Vantaa, Finland diikuti Piala Thomas dan Uber 2020 yang ditangguhkan selama setahun disebabkan pandemik, akan diadakan di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Okt dan Terbuka Denmark (Super 1000) di Odense pada 19 hingga 24 Okt.
Eropah kekal sebagai tumpuan utama dengan Terbuka Perancis di Paris (26-31 Okt) dan Terbuka SaarLouLux di Saarbrucken, Jerman (2-7 Nov) sebelum pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali, menjadi tuan rumah tiga kejohanan berturut-turut iaitu Masters Indonesia (16-21 Nov), Terbuka Indonesia (23-28 Nov) dan Jelajah Dunia Akhir BWF (1-5 Dis).
Musim 2021 akan berakhir dengan Kejuaraan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol, yang dijadualkan pada 12-19 Dis.
"Perubahan yang dilakukan adalah peluang terbaik dan paling sesuai bagi membolehkan kejohanan badminton dianjurkan semula secara berkala selama enam bulan akan datang.
"Kitaran ranking seterusnya akan bermula sejurus selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kalendar baharu menawarkan platform lebih selamat dan konsisten kepada pemain untuk memperoleh mata ranking dunia dan hadiah wang kemenangan dalam tempoh penting pasca-Sukan Olimpik untuk sukan ini," menurut BWF.
BWF turut mengesahkan pembatalan kejohanan Terbuka New Zealand, Terbuka Australia, Terbuka India, Terbuka Hyderabad, Terbuka Vietnam, Terbuka China, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.
Bernama
Mon Jun 28 2021
BWF turut mengesahkan pembatalan kejohanan Terbuka New Zealand, Terbuka Australia, Terbuka India, Terbuka Hyderabad, Terbuka Vietnam, Terbuka China, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Pemain Malaysia berdepan laluan sukar pada Jelajah Dunia Akhir BWF
Proses undian berlangsung hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube BWF.
COVID-19: BWF ubah suai kalendar Kejohanan Jelajah Dunia
Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan diteruskan seperti dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt ini.
COVID-19: Kejohanan Badminton Para Sepanyol 2020 dibatalkan
SBF membuat keputusan itu pada Jumaat selepas menerima nasihat pihak berkuasa kesihatan Majlis Perbandaran Murcia.