awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman

Bernama
Bernama
25/03/2023
10:25 MYT
Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Kejohanan Piala Sudirman dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China. - Fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.
Menerusi undian secara maya dijalankan di Suzhou hari ini, Malaysia yang menduduki ranking keempat kejohanan itu diletakkan di dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia.
Di atas kertas, pasukan India dan Taiwan dilihat bakal menjadi "batu penghalang" pada peringkat kumpulan buat kem badminton negara untuk melangkah jauh kerana dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.
Sementara itu, bagi Kumpulan A juara bertahan, China dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah jauh apabila diletakkan bersama-sama Denmark, Singapura dan Mesir.
Bagi Kumpulan B pula bakal menyaksikan pertembungan Indonesia dengan Thailand untuk dua pasukan teratas kumpulan, selain daripada Jerman dan Kanada yang diundi dalam kumpulan sama.
Dalam pada itu, Kumpulan D pula menyaksikan pertembungan Jepun bersama juara empat kali kejohanan itu, Korea Selatan, selain Perancis dan England.
Malaysia belum pernah memenangi kejohanan itu sejak kali pertama diadakan di Jakarta, Indonesia pada 1989.
Pada edisi lepas di Vantaa, Finland, perjalanan skuad badminton negara terhenti setakat peringkat separuh akhir selepas tumpas 1-3 kepada Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Piala Sudirman
#laluan sukar
#pasukan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan