awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran getir menanti skuad Malaysia B-23 di Thailand

Astro Arena
Astro Arena
29/08/2023
10:27 MYT
Cabaran getir menanti skuad Malaysia B-23 di Thailand
Persiapan pasukan Malaysia B-23 kali ini agak singkat walaupun adalah misi utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk layak secara merit ke pusingan akhir nanti. - Gambar fail/FAM
TIDAK sampai seminggu skuad Malaysia B-23 mengharungi Kejohanan AFF B-23 di Thailand dan menamatkan saingan di tempat ke empat, kini anak didik E. Elavarasen itu akan menghadapi satu lagi ujian yang gentir di peringkat Asia pula, di mana mereka akan bersaing dalam Kumpulan H dan akan berhadapan Bangladesh, Filipina dan Thailand untuk memastikan skuad muda negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2023 di Qatar.
Inilah cabaran yang amat getir akan dilalui oleh pemain-pemain muda negara dalam pusingan kelayakan itu, terutama daripada segi fizikal dan mental kerana mereka baru sahaja memerah tenaga dan kudrat dalam Kejohanan AFF B-23 baru-baru ini. Di sinilah kebijaksanaan Elavarasan dan pasukan kejurulatihannya diperlukan untuk memastikan anak didiknya berada pada kondisi terbaik daripada segi moral dan fizikal mereka, fi mana kita semua tahu di peringkat Asia memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana setiap pasukan inginkan kejayaan.
Selain itu persiapan pasukan Malaysia B-23 kali ini agak singkat walaupun ia adalah misi utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk layak secara merit ke pusingan akhir nanti.
Walaupun kebanyakkan mereka telah bermain bersama baik di peringkat kelab atau semasa di akademi, ia masih menjadi satu cabaran kerana taktikal di kelab dan apa yang diamalkanElavarasan agak berbeza. Kebanyakkan mereka telah didedahkan dengan permainan “build-up” dan hantaran-hantaran pendek serta transisi pantas.
Situasi ini sudah tentu amat membimbangkan peminat-peminat bola sepak negara kerana skuad muda ini merupakan prospek masa hadapan dan pemacu hala tuju bola sepak Negara. Namun, peminat-peminat juga perlu yakin dengan perancangan yang telah di buat Elavarasan kerana setiap pemain-pemain dipilih pasti mampu mengikut apa yang dirancang dan dia pasti sudah tahu tentang kelebihan individu setiap pemain-pemainnya.
Semoga skuad Malaysia B-23 tahun kendalian jurulatih berasal dari Selangor itu mampu menjuarai Kumpulan H dan seterusnya layak kepusingan akhir Piala AFC B-23 di Qatar nanti. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#skuad Malaysia B-23
#Piala Asia B-23 2023
#harimau muda
#Qatar
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan