awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carragher yakin Liverpool mampu rampas gelaran EPL

Astro Arena
Astro Arena
17/03/2022
04:50 MYT
Carragher yakin Liverpool mampu rampas gelaran EPL
Carragher percaya gelaran EPL musim ini masih terbuka buat Liverpool. - Foto Astro ARENA
JAMIE Carragher percaya Liverpool mampu merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City musim ini selepas pasukan itu menewaskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi.
The Reds kini hanya dibezakan satu mata dengan City hasil gol sumbangan Diogo Jota dan Roberto Firmino dalam perlawanan terbaru itu.
Sejak terikat 2-2 dengan Chelsea pada Januari lalu, pasukan bimbingan Jurgen Klopp berkenaan melewati sembilan kemenangan berturut-turut dalam saingan liga, sekali gus menyaksikan aksi blokbuster menentang City bulan depan berkemungkinan akan menjadi penentu kejuaraan musim ini.
Dengan mengambil kira perlawanan itu, Carragher percaya gelaran EPL musim ini masih terbuka buat Liverpool dan bercakap selaku pengulas jemputan Sky Sports, dia berkata: "Ia 50-50 kerana situasinya, perlawanan itu di Stadium Etihad.
"Ini adalah kali pertama saya rasakan Liverpool mampu memenangi liga sepanjang musim ini. Saya sentiasa katakan City (akan jadi juara) sejak awal musim ini.
"Perlawanan menentang Chelsea itu, seri 2-2, kemudian Liverpool ketinggalan 11 mata di belakang Manchester City -- dan Graeme (Souness) di studio berkata Liverpool masih dalam perebutan -- saya fikir mereka telah melakukannya dengan amat baik," katanya.
There's something that the Kop want you to know... pic.twitter.com/kaomJ7zpMg
— Liverpool FC (@LFC) March 16, 2022
Topic Berkaitan
#Liverpool
#EPL
#Manchester City
#jamie carragher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan