awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah

Bernama
Bernama
05/06/2023
12:17 MYT
CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah
Hamidin berkata, perkara itu akan terus dibawa untuk perhatian Hannah yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG. - Gambar fail
NILAI: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan segala keperluan atlet "Road To Gold" (RTG) yang telah disampaikan kepadanya akan segera dibawa untuk pertimbangan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hamidin berkata, perkara itu akan terus dibawa untuk perhatian Hannah yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG meskipun ia masih belum sempat dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa program berkenaan.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata langkah terbabit adalah demi memastikan atlet-atlet yang berada dalam Program RTG membuat persediaan terbaik menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
"(Keperluan yang diminta atlet) memang dah ada, Datuk Nicol Ann David dah sediakan laporan untuk kita bawa ke Mesyuarat RTG seterusnya, kalau mesyuarat lambat lagi kita akan mesyuarat dengan Hannah secepat mungkin.
Kita tak perlu tunggu mesyuarat (RTG) kita secara dalam talian je dengan Menteri Hannah untuk maklum apa yang perlu dibuat kerana RTG telah diumum satu dua bulan dulu, dan kita nak cepat," katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke sesi latihan skuad berbasikal trek negara yang giat membuat persediaan untuk membuat penampilan di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.
Terdahulu, pada lawatan itu Hamidin turut sempat mengadakan perbincangan bersama jurulatih berbasikal trek John Beasley dan dua atlet sandaran ke temasya berprestij terbabit iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Dalam pada itu, Hamidin turut berkongsi, beliau telah mengumpul segala data mengenai keperluan semua atlet dan terdapat beberapa keperluan yang telah diselesaikan tanpa melalui jawatankuasa RTG.
"Sebenarnya, saya sudah dapatkan semua maklumat daripada pemain dan jurulatih dan kita pun sudah ada hitam putih. Ada sesetengah keperluan yang kita sudah selesaikan tanpa melalui mesyuarat (jawatankuasa RTG)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keperluan atlet
#Road to Gold
#Hannah Yeoh
#Hamidin Mohd Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan