awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea lantik Rosenior sebagai ketua jurulatih dengan kontrak enam tahun

Bernama
Bernama
06/01/2026
13:07 MYT
Chelsea lantik Rosenior sebagai ketua jurulatih dengan kontrak enam tahun
Perjanjian itu sekali gus menyaksikan Rosenior kembali ke bola sepak England selepas pernah mengendalikan Derby dan Hull sebelum ini.
LONDON: Chelsea melantik Liam Rosenior sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu menerusi kontrak sehingga 2032, lapor PA Media/dpa.
Jurulatih berusia 41 tahun itu sebelum ini mendedahkan pada Selasa semasa sidang media perpisahan di kelab Ligue 1, Strasbourg bahawa beliau telah "mencapai persetujuan secara lisan" untuk menggantikan Enzo Maresca di Stamford Bridge.
Perjanjian berkenaan segera dimuktamadkan sekali gus menyaksikan Rosenior kembali ke bola sepak England selepas pernah mengendalikan Derby dan Hull sebelum ini.
Rosenior yang berasal dari England, berkata menerusi laman web rasmi kelab: "Saya amat berbesar hati dilantik sebagai ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Chelsea.
"Ini adalah sebuah kelab yang mempunyai semangat unik dan sejarah gemilang dalam memenangi trofi. Tugas saya adalah untuk mempertahankan identiti itu dan membentuk sebuah pasukan yang mencerminkan nilai-nilai tersebut dalam setiap perlawanan yang kami harungi sambil terus memenangi trofi.
"Kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memegang peranan ini amat bermakna dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas peluang serta keyakinan yang diberikan dalam melaksanakan tugas ini.
"Saya akan memberikan segala-galanya untuk meraih kejayaan bagi kelab ini."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chelsea
#ketua jurulatih
#Liam Rosenior
#kontrak 6 tahun
#Enzo Maresca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan