KUALA LUMPUR: Beberapa pemain skuad kebangsaan mungkin berdepan cabaran baharu beraksi di posisi berbeza pada baki saingan kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura.
Ia berikutan, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bercadang melakukan penggiliran pemain bagi mengharungi jadual padat saingan peringkat kumpulan, selain faktor kekurangan pemain selepas kehilangan khidmat dua anak buahnya yang disahkan positif COVID-19.
Mengetahui pendekatan itu mempunyai risiko tersendiri, Cheng Hoe tetap optimis barisan pemainnya mempunyai keupayaan untuk menggalas tugas tersebut dengan baik, meskipun terpaksa diturunkan di posisi berlainan.
"Kita tahu pasukan ada beberapa pemain senior dan pemain muda yang mampu galas tugas tersebut dan boleh beri keseimbangan dalam pasukan.
"Kalau lihat jadual agak padat, kita ada tiga perlawanan (pertama) berturut-turut selang dua hari, sebab itu setiap pemain kena bersedia dengan kemungkinan ada penggiliran dan ada posisi agak lain, mereka terpaksa jalankan tugas itu," katanya pada sidang media skuad kebangsaan secara maya, hari ini.
Dua pemain negara, penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim, disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR), yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Jumaat lepas.
Kedua-dua pemain tersebut yang tidak bergejala diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus terlepas tiga aksi pertama Kumpulan B menentang Kemboja semalam, Laos pada Khamis ini dan juara bertahan Vietnam (Ahad).
Malaysia akan menutup saingan kumpulan menentang Indonesia pada 19 Dis dan Cheng Hoe berharap tiada lagi pemainnya ditimpa nasib sama atau mengalami kecederaan serius, yang boleh menjejaskan perjalanan pasukan.
"Kita berharap dan berdoa, tidak ada mana-mana pemain lain yang kena (COVID-19). Salah satu daripada syarat AFF kita perlu kekalkan Faisal Halim dan kita harap dia dapat pulih secepat mungkin," katanya.
Pada masa sama, pengendali berusia 53 tahun itu berkata barisan kejurulatihan masih berbincang untuk menggantikan Muhammad Khairulazhan, dengan penjaga gol lain.
"Kemungkinan besar dia takkan bersama skuad (baki kempen). Kita juga belum tentukan pemain mana akan dipanggil, ia masih di peringkat perbincangan dan kita akan maklumkan dalam masa terdekat," kata Cheng Hoe.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menghantar permohonan rasmi kepada AFF untuk menukar pemain di posisi penjaga gol skuad kebangsaan, pada kempen kejuaraan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Mengetahui pendekatan itu mempunyai risiko tersendiri, Cheng Hoe tetap optimis barisan pemainnya. - Bernama

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Cheng Hoe sedia gilir pemain hadapi jadual padat Piala AFF
Mengetahui pendekatan itu mempunyai risiko tersendiri, Cheng Hoe tetap optimis barisan pemainnya.