Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata beliau belum bersedia menerima tawaran menjadi jurulatih skuad kebangsaan dalam masa terdekat ini dan sebaliknya, ketika ini mahu meluangkan masa bersama keluarga, dan melakukan kerja kebajikan.
"Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ada beri tawaran, tetapi buat sementara ini saya mahu menghabiskan masa untuk keluarga ... dalam masa setahun ini, saya mahu fokus kepada apa yang saya boleh buat melalui kerja kebajikan, serta menjadi 'chef-de-mission' (CDM) negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi 'Temu Mesra bersama Wira Badminton Malaysia' di Akademi Badminton Datuk Wira Lee Chong Wei, di sini pada Sabtu.
"Masih banyak yang saya perlu belajar untuk jadi CDM ini, dulu saya atlet, sekarang saya pegawai dan saya perlu melihat atlet-atlet lain, selain daripada sukan badminton," katanya.
Pada 13 Jun lepas, Chong Wei mengumumkan persaraan selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Chong Wei, bekas pemain nombor satu dunia, mendambakan 19 tahun hidupnya sebagai pemain badminton profesional, dan menempa nama dalam sukan itu sebagai antara jaguh dunia yang disegani.
Antara pencapaian Chong Wei adalah memenangi pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, pada edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Kali terakhir Chong Wei merangkul kejuaraan adalah pada saingan Terbuka Malaysia 2018, yang menjadi gelaran ke-12 dalam kerjayanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019

Chong Wei mahu menghabiskan masa untuk keluarga buat masa ini. - Gambar fail

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

Badminton: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas di final Terbuka Thailand
Mereka tumpas kepada pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-lin pada final Badminton Toyota Terbuka Thailand.

Aaron - Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.

Pang Ron - Yee See cipta kejutan di Terbuka Thailand
Pang Ron-Yee See akan bertemu pasangan nombor enam dunia Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Badminton Terbuka Thailand: Satu mata pisahkan Peng Soon-Liu Ying ke separuh akhir
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara remaja dunia Indonesia
Aaron dan Wooi Yik menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12 dalam set pertama.

Thinaah, Tan curi tumpuan di Terbuka Thailand
Pasangan beregu wanita negara M. Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand.

V Shem-Wee Kiong tewas di final Terbuka Thailand
Pemain badminton profesional Malaysia Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan aksi yang memberangsangkan sebelum tumpas kepada beregu Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

Terbuka Thailand: Enam wakil Malaysia melangkah ke suku akhir
Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.