KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei masih belum berhasrat mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.
Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata beliau belum bersedia menggalas jawatan itu atau mana-mana jawatan sepenuh masa di BAM melihat kepada tanggungjawabnya dalam program Road To Gold (RTG) dan ahli jawatankuasa di Majlis Sukan Negara (MSN).
"Saya tak akan terima (mana-mana jawatan). Saya tak sedia untuk pegang jawatan ini (pengarah kejurulatihan perseorangan), sebab sekarang ini jawatan saya memang tak mudah.
"Untuk sementara ini saya memang tak fikir untuk jadi jurulatih, saya tak sedia untuk jawatan BAM," katanya kepada Bernama apabila dihubungi baru-baru ini.
Chong Wei berkata demikian sebagai mengulas pandangan pelbagai pihak termasuk bekas pemain beregu negara Tan Boon Heong semalam bahawa kekosongan jawatan itu layak diisi olehnya.
Bagaimanapun, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berkata beliau sentiasa bersedia membantu BAM yang sebelum ini telah membentuknya sehingga menjadi seorang legenda badminton.
Chong Wei yang merupakan antara panel penasihat teknikal di BAM, berkata beliau akan berusaha memberi khidmat nasihat dalam menambah baik prestasi pemain negara.
"Selama 19 tahun saya bersama BAM tidak akan saya lupa. Kalau persatuan itu perlu bantuan, saya mesti tolong, tapi bantu sahaja, 100 peratus dan bila-bila masa sahaja, tapi untuk sepenuh masa di BAM tak boleh," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati BAM supaya mencari individu yang tepat bagi menggantikan Choong Hann memandangkan sekarang adalah tempoh kelayakan untuk ke temasya Sukan Olimpik 2024.
"Bila Choong Han letak jawatan bukan senang kita nak cari pengganti, sekarang adalah waktu getir untuk Olimpik dan BAM perlu bertindak cepat mencari orang yang tepat bagi isi jawatan itu," katanya.
Semalam, BAM dilaporkan telah memulakan proses pencarian pengganti Choong Hann, 46, yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan minggu lepas sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun bersama badan induk itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Chong Wei yang merupakan antara panel penasihat teknikal di BAM, berkata beliau akan berusaha memberi khidmat nasihat dalam menambah baik prestasi pemain negara. - Fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.
Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.
"Bukan sekadar kawan, tetapi keluarga" - Chong Wei sebak pemergian Ah Gan
Berita itu dikongsikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya.