Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berpendapat corak permainan Datuk Lee Chong Wei perlu diubah biarpun berdepan risiko kekalahan.
Ia sebahagian daripada persiapan menjelang Olimpik Rio 2016 kerana Hendrawan percaya jaguh badminton negara itu memerlukan elemen muslihat.
Selepas kekalahan kepada Cheng Long di Kejohanan Dunia Jakarta Indonesia, Ogos lalu, Hendrawan merumuskan bintang China itu sudah menghafal corak permainan Chong Wei.
Sekalipun tewas, Chong Wei akan tampil lebih berbisa tanpa lawan berupaya membaca pergerakannya di pentas kompetitif. Oleh itu, Hendrawan sudah merangka latihan intensif buat Chong Wei untuk baki kalendar musim ini.
"Misalnya kalau jumpa Cheng Long ni kita akan cuba permainan lain.
"Mungkin dia bersedia untuk kalah, yang penting dia bersedia. Kalau tengok dia di Kejuaraan Dunia, dengan waktu yang singkat ini, tidak mengapa.
"Yang penting semasa di Olimpik nanti lebih penting," jelas jurulatih itu.
Chong Wei perlu beraksi dengan baik di Terbuka Jepun dan Korea dalam usaha untuk kembali dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia, sekali gus mengelak proses beraksi di peringkat Kelayakan Siri super.
Astro Arena
Thu Sep 03 2015
Ia sebahagian daripada persiapan menjelang Olimpik Rio 2016 kerana Hendrawan percaya jaguh badminton negara itu memerlukan elemen muslihat. - Gambar Astro ARENA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara