Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, semalam.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, berjaya menundukkan pemain Vietnam Nguyen Tien Ming 21-18, 21-19 dalam masa 34 minit pada perlawanan pada suku akhir.
Pada separuh akhir esok, Chong Wei akan menentang pemain Jepun dan pilihan keenam Kenichi Tago yang menumpaskan pemain negara Mohamad Arif Abdul Latif 21-12, 21-15.
Dalam pada itu ,beregu campuran negara Chan dan Goh mengalahkan Yoo Yeon Seong/Jang Ye Na dari Korea Selatan 23-25, 21-16, 21-15 untuk bertemu pilihan utama dan pasangan nombor tiga dunia, Xu Chen/Ma Jin dari China pada separuh akhir.
Selain itu, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, yang menempah tiket separuh akhir semalam, akan menentang beregu Taiwan, Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin.
Keputusan Pemain Malaysia:
(Suku Akhir)
Perseorangan Lelaki:
Lee Chong Wei mn Nguyen Tien Minh (VIE) 21-18, 21-19
Mohamad Arif Abdul Latif kalah kepada Kenichi Tago (JAP) 12-21, 15-21
Beregu Lelaki:
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Ko Sung Hyun/Le Yong Dae (KOR) (memang percuma)
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong kalah kepada Liu Xiaolong/Qiu Zihan (CHI) 27-25, 21-23, 13-21
Beregu Wanita:
Goh Liu Ying/Lim Yin Loo kalah kepada Bao Yixin/Tang Jinhua (CHI) 21-18, 9-21, 13-21
Beregu Campuran:
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Yoo Yeon Seong/Jang Ye Na (KOR) 23-25, 21-16, 21-15
Bernama
Sat Nov 24 2012
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong.