Seladang yang dinamakan Chor menjadi maskot Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 Perak 2018 Wow! Kita Hebat yang akan berlangsung di negeri ini, pada September depan.
Seladang dipilih sebagai maskot Sukma ke-19 kerana ia merupakan haiwan legenda yang terkenal di negeri ini.
Selain pelancaran maskot, logo dan lagu tema Sukma ke-19, turut dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada majlis gilang gemilang di Bulatan Amanjaya, Meru di sini, malam ini.
Lagu tema "Wow! Kita The Greatest" dihasilkan oleh komposer terkenal tanah air Datuk Wah Idris yang merupakan pencipta lagu 'Standing In The Eyes Of The World' pada Sukan Komanwel 1998.
Sementara itu, logo Sukma ke-19 menggabungkan simbol manusia yang mewakili semangat juang para atlet selain simbol gelombang air yang melambangkan Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Zambry dalam ucapannya berkata 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara akan menyertai temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 12 hingga 22 Sept.
Katanya Sukma merupakan satu temasya yang dapat mempertingkatkan mutu sukan serta daya saing atlet di peringkat negeri dan kebangsaan.
"Di samping itu, ia dapat menggalakkan negeri-negeri untuk menyediakan kemudahan prasarana sukan bertaraf antarabangsa untuk atlet demi kecemerlangan masing-masing.
Temasya ini juga dilibat sebagai agenda terbaik dalam memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan atlet dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini," kata Zambry.
Selari dengan konsep 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir', Zambry berkata kerajaan negeri melakar sejarah dengan melibatkan semua 12 daerah di seluruh negeri sebagai venue pertandingan untuk acara tertentu.
Katanya sebanyak 26 jenis sukan merangkumi 369 acara bakal dipertandingkan dalam temasya ini yang kali kedua dilangsungkan di Perak selepas kali pertama pada tahun 1994 semasa edisi kelima.
Zambry turut menyeru sokongan serta kerjasama semua pihak agar Perak dapat meraih kejayaan sebagai penganjur terbaik pada temasya kali ini
Selain itu, katanya seramai 3,000 sukarelawan dalam kalangan rakyat di negeri ini dijangka akan terlibat secara langsung dalam temasya dwitahunan itu.
"Keterlibatan seramai mungkin adalah amat penting sebagai strategi untuk menjadikan Sukma kali ini sebagai yang paling tular di media sosial sepanjang penganjurannya," katanya.
Zambry turut berharap atlet yang mewakili Perak pada kali ini akan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan sasaran sebagai juara keseluruhan dapat direalisasikan.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018
Maskot Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 'Chor' selepas majlis pelancarannya yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Bulatan Amanjaya hari ini. --fotoBERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Manisnya, Erra Fazira sambut hari lahir Shahir
Pelakon Erra Fazira menyambut hari lahir ke-30 penyanyi Shahir iaitu lelaki yang selama ini dikaitkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengannya.
Chor maskot Sukma ke-19 di Perak
Seladang dipilih sebagai maskot Sukma ke-19 kerana ia merupakan haiwan legenda yang terkenal di negeri ini.